Skip to main content

Posts

Showing posts from 2025

Blindpassasjer.

"Tapi apa yang kita nak, itulah yang kita tak akan dapat..." Cinta bukan sekadar rasa untuk suka-suka. Salah rasa, cinta itu akan berakhir dengan tragis. Tapi tiap sesuatu itu telah Tuhan tuliskan sebab dan hikmah dibaliknya, kan? Cinta yang tak kesampaian, mengajar betapa kasih pun kita kepada insan lain, masih juga kita harus mengasihi diri sendiri. Mengajar supaya mencari rahsia lain disebalik perasaan cinta itu sendiri. Sedih? Ya, benar. Namun kesudahan yang buruk dalam cinta, mengajar dan memberi inspirasi bahawa apa jua yang terjadi, hidup harus diteruskan walau tanpa cinta. Ada kembara yang harus diteruskan walau pada ketikanya kita rebah akibat kecewa. Sememangnya yang indah itu bagaikan bintang, tinggi dan tak tercapai ataupun bagaikan bayang, berbentuk namun tidak dapat disentuh. Kenapa saya bercakap tentang kisah patah hati? Kerana hari ini ada seorang pencinta yang musnah cintanya. (Jeda) Ya. Kadang apa yang paling kita nak, itulah yang kita takkan dapat.

Numb Lips.

"Berakhirlah sudah. Ada ditemukan sekuntum mawar merah sebuah puisi?" Sepi. Sunyi. "Tidak. Kali ini hanya ada kuntum-kuntum doa dan berhelai-helai ayat suci untuk jiwa-jiwa yang telah pergi, untuk jiwa-jiwa yang patah hati, untuk jiwa-jiwa yang hampir mati." Gerimis bertukar rintik. Menambahkan lagi kepiluan suasana. Kita takkan tahu bila kita akan kehilangan orang yang kita harapkan. Mereka yang telah pergi terlebih dahulu itu menyedarkan kita bahawa kita bakal pergi juga nanti.

Korban.

Because sometimes truth isn't good enough. Sometimes people deserve more. Sometimes people deserve to have their faith rewarded. Semakin orang itu mencintai apa yang dimiliknya, semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain. Cinta tanpa bertunjang kepada Ilahi hanyalah sekadar rasa tanpa pengorbanan. Mungkin betul. Mungkin kadangkala kejujuran tak cukup bagus. Dan apa agaknya yang lebih baik dari kejujuran? Pengorbanan. Bukan suruh berkorban jiwa raga, korban harta, atau korban yang bukan-bukan. Tapi cukuplah berkorban masa untuk menanti, berkorban ruang untuk berkongsi, berkorban kebahagian sendiri untuk melihat dia bahagia. Mungkin suatu hari nanti, bila dia teringat akan pengorbanan kita, dia akan sedar siapa yang selayaknya untuk dia cintai. Kalau tak sanggup berkorban, kita hanya akan mengecewakan. Bukan suruh korban maruah, harta atau diri, tetapi berkorban menjaga akhlak, hati dan iman dari perkara yang tak sepatutnya, dengan mematuhi perintah Allah. Dengan mengikuti sunna...

Watching The Rain.

Alwan kepada Arfa : Hujan turun di awal pagi titisnya pecah di hujung mata dan rintik-rintik yang kian lebat menuliskan rasa pada lembaran memori lalu seperti takungan itu yang kini melimpah cinta tak perlukan sebab untuk terus mengalir. Kenapa ya? Saya bisa jatuh hati pada dia? Mungkin, dalam senyumnya, ada taman indah yang boleh menyenangkan, yang belum pernah didatangi dan dijenguk oleh sesiapa melainkan Tuhan. Alangkah, jika saya dapat membina pondok walau di sudut paling kecil dalam taman itu. Pasti setiap hari saya menghidu narawastu bahagia. ***** Arfa kepada Alwan : Adakalanya mendung cuma sebuah gumpalan awan yang tak bisa menjanjikan hujan dan adakalanya sayang cuma sebuah tuturan kata yang belum tentu menjanjikan cinta. Alam sering simpati kepada manusia. Entah dari mana kata-kata itu dipetik. Jika ada yang simpati, itu pastinya Tuhan. Alam, mungkin kebetulan saja sama lintas emosinya dengan manusia. Di luar hujan menitis lebat. Menghentam apa saja yang ada di bawah. Dan di ...

Shine Your Bright Lights, People.

Time heals. Masa merawat. Kebetulan. Dan saya jadi sedih sebenarnya. Bukan apa. Saya tak tahu kenapa saya mengabaikan perkara-perkara yang memberikan saya inspirasi suatu ketika dahulu. Mungkin sebab saya sekarang rasa bahagia? Mungkin. Saya ingat lagi saat selalu tertekan dan kecewa. Saat itulah idea selalu saja datang. Oh, zaman melankoli itu. Minggu ini saya tak tahu kenapa tapi orang-orang di sekeliling saya berada dalam mood sedih. Ada yang kehilangan orang rapat. Ada yang tiba-tiba mahu menghilang. Ada yang sebenarnya sudah lama hilang dan saya baru perasan. Entahlah. Ada ayat inspirasi daripada sebuah lagu saya, ayat itu berbunyi "give it a time to heal." Kalau diterjemah secara kasar, maksudnya "berikan ia waktu untuk sembuh." Saya harap, waktu akan merawat apa jua galau yang dialami kawan-kawan saya. Saya bukanlah pemberi semangat yang baik. Saya akan jadi sangat pelik kalau orang datang dan minta pendapat. Dan perkara yang selalu saya suka sebut, waktu seb...

We All Want The Same.

Arhan termenung sambil memandang secawan kopi di hadapannya. Kopi itu ditenung kosong. "Minum." Wardatul duduk di hadapan Arhan sambil menongkat dagu. "Apa kaitannya kopi ini dengan masalah aku?" Arhan sedikit bingung. "Minum sajalah..." Wardatul berkata acuh tak acuh. Arhan memegang tangkai cawan. Kopi yang sedikit berasap itu ditiupnya sedikit dan terus meminum kopi tersebut. "Urgh! Pahitnya kopi ni! Tak macam yang Sufiah selalu buat pun? Kau sengaja mahu kenakan aku ya?" Wardatul senyum sinis. "Inilah kopi istimewa yang kau selalu pesan kalau datang minum di kafe ini. Cara untuk membuat kopi ini, cuma aku dan Sufiah saja yang tahu buat. Dan untuk pengetahuan kau, ini ialah kopi tanpa gula, macam yang kau selalu minum tu..." "Tapi, kenapa yang aku selalu minum tu manis?" Arhan bertambah bingung. Wardatul mengambil sudu yang terletak didalam piring bersebelahan cawan kopi tersebut. Dia memasukkan sudu itu kedalam cawan lalu p...

Sweet Like Candy Rain.

"Sorry hari tu tak dapat teman. Dah jumpa doc?" "Dah." Senyum. Menoleh ke sebelah kirinya. Najwa leka dengan selfie dan TikTok. "Hoi orang perempuan. Dapat selfie dan TikTok, leka ye!" Menyergah. "Lah abang ni, biar la. Kacau je!" Mencebik. Batrisya geleng. "So, mana arah tuju?" "Your choice, lady." "MB." "Haha. Tipikal." "Whatever." Mencebik. Kakak adik dua kali lima saja! Selalunya dia yang temankan saya jumpa doktor tu. Sebab bukan orang lain pun. Bau-bau bacang dengan doktor tu jugak. Lepas sembang-sembang itu ini, bergerak ke stesen komuter. Jam dah hampir pukul 7. "Nak balik dah ke?" Dia bertanya. Najwa masih leka dengan selfie dan TikTok. "Taklah." "So buat apa kat stesen ni?" "Lah, awak pulak buat apa kat stesen ni?" "Awak ni kan!" Mencebik. Lagi. "Haha. Tunggu waktu maghrib la." Dia senyum. Kemudian datang 3 orang manusia, duduk ...

Edge Of Consciousness.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?" Petang ahad ini kafe yang berada di tengah bandar ini tidak penuh seperti selalu. Hairan juga. Selalunya hujung minggu begini, ramai yang mengambil peluang melepak. Iyalah, esoknya hari isnin, hari bekerja. Jadi ramai yang menjadikan hari ahad hari bersantai bersama ahli keluarga, rakan-rakan atau pun kekasih. Tapi mungkin juga kerana keadaan ekonomi semasa yang membimbangkan, cuti hujung minggu seperti hari ahad hari ini semua orang berpakat mahu minum petang di rumah bersama ahli keluarga tersayang, bagi yang berkeluarga. Kalau orang bujang pula, baik duduk rumah untuk jimatkan perbelanjaan. Bancuh air sendiri dan korek biskut kering daripada tin biskut yang isinya tak sampai separuh. Buat apa mahu minum di luar? Membazir saja. Di luar kafe, mentari bersinar malas dan angin bertiup lembut. "Macam tak biasa pula. Tanyalah." "Awak...suka dia kan?" "Ya...agaknya. Kenapa?" "Kenapa awak tak pernah bagitahu dia? K...

Make Me Another One.

  Heh. Terlalu banyak tulisan yang bukan tulisan. Terlalu banyak kata-kata yang bukan kata-kata. Terlalu banyak rasa yang bukan rasa. So, shall we begin again?

You're Not Who I Thought You Were.

"Tak ada siapa yang memilih untuk mahu bercinta tapi hanya untuk dilukakan." Satu keluhan berat dilepaskan bersama kata-kata tersebut. Saya menyeluruhi wajah Nawal Amera. Berbeza benar rona wajahnya berbanding ketika zaman persekolahan dahulu. Walaupun jarak masa itu cuma sekadar dua tahun. Nawal Amera yang sentiasa tersenyum. Nawal Amera yang sentiasa ceria. Nawal Amera yang sentiasa bahagia. Kini semuanya seakan berubah. Rasa dan masa mengubah segalanya. "Memang. Tapi kita sentiasa boleh pilih untuk bagaimana menyembuhkan luka itu, kan?" Saya tak tahu sama ada kata-kata ini cukup baik untuk melegakan dia. Namun bagi saya, kata-kata ini sudah cukup baik untuk menyedarkan diri saya sendiri. Peluang datang dari perubahan. Kita akan selamanya terluka jika hendak membetulkan kenangan.

Self-worth.

Kepada sederhanaindah, Kesedihan yang kita rasa ini adalah ujian dari Allah. Kesedihan ini adalah cara-Nya untuk mengembalikan kita kepada jiwa fitrah, jiwa hamba. Mungkin ada ketikanya kita lalai dari mengingati DIA, dan lupa untuk beristighfar dan bertaubat. Lalu DIA turunkan ujian. Tapi ujian tu bukan kerana DIA benci. DIA mahu kita kembali pada DIA, sebab DIA masih sayang kita. Semua perkara yang berlaku, sudah Allah tuliskan di langit. Dan kenapa Allah nyatakan dalam kitab-Nya begitu? Sebab, Allah tak mahu kita berdukacita atas apa-apa perkara yang terlepas atau telah berlalu. Allah nak kita tahu, takdir milik DIA. Dan kita punya masa untuk berbuat sesuatu, selagi ada nafas. Semuanya Allah jadikan bersebab. Walau kita tak tahu apa hikmahnya, kita kena sabar. Sebab inshaAllah, nanti akan muncul jawapan. Ujian ini juga peringatan, agar di masa hadapan, kita tak terlalu yakin dengan yang belum pasti. Kita merancang, DIA menentukan. Moga kita akan lebih mengenal Tuhan, mengenal diri s...

Legasi Para Bekas Kekasih. (Tamat)

'Kepada Syuhada, Kita selalu menyangka setelah manusia saling berjanji, mereka takkan pernah berubah. Tapi ternyata, manusia tak kebal dari virus yang bernama perubahan. Dan kedua-dua manusia yang mengalami perubahan itu tadi, perlahan-lahan menjauh. Daripada 'kita', menjadi cuma 'kau' dan 'aku.' Hidup memang berlegar tentang meninggalkan dan ditinggalkan. Tentang datang dan pergi. Tentang hidup dan mati. Tentang bertemu dan berpisah. Sekuat-kuat kita berpegang kepada janji dan harapan, takdir selalu punya cara untuk memisahkan. Dia, atau aku, yang selalu kita mohon untuk selalu ada, bukan milik kita. Sedang diri kita sendiri pun tak mampu kita duga arah dan nasibnya. Kita akan selalu mengalami pertemuan dan kehilangan. Sedia atau tidak, suka atau tidak. Mari kita renungkan proses memekarkan bunga. dari menanam, memupuk, menyiram, membaja, kita harap bunga kita bakal subur. Suatu hari, bunga kita mekar indah. Kita pun tersenyum bahagia, lega kerana usaha kit...

Legasi Para Bekas Kekasih. (Bab 4)

Suhaid baru sahaja meletakkan novel yang dibaca di sisi bantal sebelum telefon pintarmya berbunyi. Malas-malas dia mencapai telefon pintarnya namun mata yang mengantuk tiba-tiba segar apabila ada mesej Whatsapp daripada Syuhada. + Doa terbaik agar tidak mudah kecewa? Suhaid tersengih dan menggeleng. Amboi Syuhada, tak ada salam tak ada mukadimah terus saja melontar soalan ya? - Doa yang betul-betul wujud atau doa reka-reka? + Mana-mana pun tak apa janji boleh buat hati lega. - Doalah begini, "Ya Allah, jika kami mencintai, sentiasa sedarkan kami yang abadi itu cuma Kau, agar kelak kami tak keberatan dan sentiasa redha untuk melepaskan." Lama Suhaid menunggu mesej itu berbalas. Sempat dia berjalan ke arah tingkap dan melihat taburan bintang di langit. + Terima kasih. - Selamat beramal. + Baik. Terima kasih sekali lagi. Selamat malam, Suhaid. - Selamat malam, Syuhada. (Bersambung)

Legasi Para Bekas Kekasih. (Bab 3)

Suhaid baring di dalam bilik sambil ditemani sunyi. dia lebih suka begini. Kosong dan sepi. Bunyi kipas pun tiada kerana dia tidak membuka kipas. Dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang. Sukar untuk dia ekspresikan apa yang dia rasa. Jika dia watak dalam drama atau filem, pasti sekarang dia akan baring sambil menangis kerana (bekas) kekasihnya berkahwin dengan orang lain. tapi itulah. Dunia realiti dan dunia di dalam drama atau filem kadang jauh berbeza. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dari nada deringan itu, dia tahu dia menerima mesej pada aplikasi Whatsapp telefonnya. Malas-malas dia mencapai telefon dan membuka skrin. Jika mesej ini daripada rakan-rakan yang mengejeknya, siaplah mereka nanti! Namun semua itu berubah. Suhaid tersenyum kerana nama Syuhada tertera pada skrin telefon pintarnya. Gadis yang dia temui di majlis perkahwinan bekas kekasihnya tadi. Gadis yang datang kerana bekas kekasihnya iaitu pengantin lelaki melangsungkan perkahwinan. Heh, siapa sangka majlis perkahwinan ...

Legasi Para Bekas Kekasih. (Bab 2)

 "You tahu tak?" Syuhada bertanya sambil meletakkan sudu pada mangkuk aiskrim yang dia ambil untuk kali ketiga. "Tahu apa?" Suhaid menjungkitkan kening. "Orang kata, 'what didn't kill you, makes you stronger', kan?" "Entah. Kind of. Why?" " I rasa kan, sekarang ni I nak ubah ayat tu. I nak ayat tu jadi 'what didn't kill you, makes you want to kill them.' Boleh tak you?" Sambil tersengih nakal. Suhaid menggeleng dan ketawa. "You nak bunuh diorang, tunggu la habis majlis ni nanti. Jangan risau, I tahu kat mana tempat terbaik nak sorok mayat." Lalu ketawa meletus di antara mereka. Tetamu lain memandang dengan wajah pelik. Pasangan pengantin yang berada di atas pelamin juga turut memanjangkan leher memandang ke arah mereka. Pasangan pengantin tu tak tahu, bahawa lelaki dan perempuan yang merupakan bekas pasangan kekasih masing-masing itu sedang mengutuk mereka! (Bersambung)

Legasi Para Bekas Kekasih. (Bab 1)

Pelik atau tidak jika kita menghadiri majlis kenduri atau majlis keraian secara berseorangan? Mesti kita akan jadi kekok untuk melakukan semua perkara. Kadang-kadang nak berjalan pun tak betul, akibat gugup. Mana tidaknya, dalam ramai-ramai orang yang hadir, kita cuma mengenali satu orang saja, iaitu tuan rumah. Dan tuan rumah pula mestilah sibuk melayan semua tetamu, takkanlah mahu melayan kita seorang saja, kan? Urgh, teruknya perasaan macam ni. Kawan-kawan pula jenis pandai cakap saja. Susah senang bersamalah, apalah. Akhirnya bila kita minta tolong, masing-masing menghilangkan diri. Urgh! Suhaid cuma mampu menggeleng mengenangkan nasib dirinya. * * * * * Biar betul ni. Kenapa meja sebesar ni, yang boleh diduduki oleh lapan orang manusia, diduduki oleh aku seorang saja? Syuhada menoleh ke kiri, ke kanan, ke belakang. Ke depan? Tak payah toleh ke depan! Di depan sana pengantin lelaki sedang tersenyum lebar bersanding dengan pengantin perempuan yang tak kalah lebar senyumnya. Raja seh...

Dongeng Bunga Kembang di Langit, Mitos Bintang Berkelip di Bumi.

 "Betulkah haiwan ini tidak merbahaya? Gentar beta untuk mendekatinya." Puteri Luna mendekati gajah yang sejak tadi diam. Sudah lama dia ingin menyentuh haiwan ini, sejak pertama kali haiwan ini dibawa masuk ke dalam taman istana. "Manusia lebih berbahaya daripada haiwan, tuan puteri." Jadam masih lagi menundukkan kepala, tidak berani mengangkat wajah untuk bertentang mata dengan tuan puteri. "Haiwan cuma akan bertindak ganas apabila mereka diganggu, apabila mereka lapar. Itu reaksi normal untuk setiap makhluk yang hidup. Tapi manusia...manusia lebih kejam daripada itu. Lapar atau tidak, diganggu atau tidak, mereka tetap mahu menyusahkan orang lain, mahu menzalimi orang lain, walaupun mereka sudah cukup kenyang dan selesa." Jadam menyentuh perutnya, dari pagi tadi dia belum makan. "Kamu menyindir pimpinan ayah beta?" Sedikit tinggi suara Puteri Luna. "Jika tiada angin bertiup, tiadalah pohon bergoyang dan jika tidak kerana kebenaran, tiadala...