Skip to main content

You're Not Who I Thought You Were.

"Tak ada siapa yang memilih untuk mahu bercinta tapi hanya untuk dilukakan." Satu keluhan berat dilepaskan bersama kata-kata tersebut.


Saya menyeluruhi wajah Nawal Amera. Berbeza benar rona wajahnya berbanding ketika zaman persekolahan dahulu. Walaupun jarak masa itu cuma sekadar dua tahun. Nawal Amera yang sentiasa tersenyum. Nawal Amera yang sentiasa ceria. Nawal Amera yang sentiasa bahagia. Kini semuanya seakan berubah. Rasa dan masa mengubah segalanya.


"Memang. Tapi kita sentiasa boleh pilih untuk bagaimana menyembuhkan luka itu, kan?" Saya tak tahu sama ada kata-kata ini cukup baik untuk melegakan dia. Namun bagi saya, kata-kata ini sudah cukup baik untuk menyedarkan diri saya sendiri. Peluang datang dari perubahan. Kita akan selamanya terluka jika hendak membetulkan kenangan.

Comments

Popular posts from this blog

Shine Your Bright Lights, People.

Time heals. Masa merawat. Kebetulan. Dan saya jadi sedih sebenarnya. Bukan apa. Saya tak tahu kenapa saya mengabaikan perkara-perkara yang memberikan saya inspirasi suatu ketika dahulu. Mungkin sebab saya sekarang rasa bahagia? Mungkin. Saya ingat lagi saat selalu tertekan dan kecewa. Saat itulah idea selalu saja datang. Oh, zaman melankoli itu. Minggu ini saya tak tahu kenapa tapi orang-orang di sekeliling saya berada dalam mood sedih. Ada yang kehilangan orang rapat. Ada yang tiba-tiba mahu menghilang. Ada yang sebenarnya sudah lama hilang dan saya baru perasan. Entahlah. Ada ayat inspirasi daripada sebuah lagu saya, ayat itu berbunyi "give it a time to heal." Kalau diterjemah secara kasar, maksudnya "berikan ia waktu untuk sembuh." Saya harap, waktu akan merawat apa jua galau yang dialami kawan-kawan saya. Saya bukanlah pemberi semangat yang baik. Saya akan jadi sangat pelik kalau orang datang dan minta pendapat. Dan perkara yang selalu saya suka sebut, waktu seb...

We Lost The Course.

Sudah kehilangan baru mahu berjanji untuk menghargai. Saya kadangkala tak faham kenapa dalam hidup saya, saya perlu melalui banyak kehilangan. Adakah takdir saya dalam hidup ini memang tertulis bahawa saya tak akan dapat menggenggam apa-apa? Saya tak pernah menyalahkan takdir. Saya cuma muhasabah diri. Memang tiada yang abadi. Semua yang ada di dalam dunia ini hanyalah pinjaman. Saya sudah belajar untuk tidak terlalu menggenggam sesuatu, kerana kelak kita akan sukar untuk melepaskan. Saya redha. Saya redha. Saya kena selalu sedar, tiada kata-kata yang lebih tinggi dari firman-firman Tuhan. Jadi saya ada juga selalu mengingatkan dia supaya jangan berputus asa dengan Tuhan. Tuhan janjikan bahagia untuk semua. Saya harap dia akan ketemu bahagia yang telah Tuhan janjikan itu. Saya tak sedih. Saya cuma terharu dengan semua yang terjadi, terharu dengan cara Tuhan mengajar saya untuk tabah. Mungkin kalau saya tak mengalami kehilangan, saya tak akan setabah ini sekarang. 

"Can We Start Again?" dan "At Least We Try."

Alhamdulillah. Syukur. Buku cetak semula / direprint. Buku motivasi + cerpen pendek. Akan datang. Insyaallah... Tajuk : Can We Start Again? Oleh : Sederhanaindah Penerbit : Karya Bestari, Karangkraf Tahun : 2025 Alhamdulillah. Syukur. Buku terbaru. Buku motivation + cerpen pendek. Akan datang. Insyaallah... Tajuk : At Least We Try Oleh : Sederhanaindah Penerbit : Karya Bestari, Karangkraf Tahun : 2025