Kepada sederhanaindah,
Kesedihan yang kita rasa ini adalah ujian dari Allah. Kesedihan ini adalah cara-Nya untuk mengembalikan kita kepada jiwa fitrah, jiwa hamba. Mungkin ada ketikanya kita lalai dari mengingati DIA, dan lupa untuk beristighfar dan bertaubat. Lalu DIA turunkan ujian. Tapi ujian tu bukan kerana DIA benci. DIA mahu kita kembali pada DIA, sebab DIA masih sayang kita.
Semua perkara yang berlaku, sudah Allah tuliskan di langit. Dan kenapa Allah nyatakan dalam kitab-Nya begitu? Sebab, Allah tak mahu kita berdukacita atas apa-apa perkara yang terlepas atau telah berlalu. Allah nak kita tahu, takdir milik DIA. Dan kita punya masa untuk berbuat sesuatu, selagi ada nafas.
Semuanya Allah jadikan bersebab. Walau kita tak tahu apa hikmahnya, kita kena sabar. Sebab inshaAllah, nanti akan muncul jawapan. Ujian ini juga peringatan, agar di masa hadapan, kita tak terlalu yakin dengan yang belum pasti. Kita merancang, DIA menentukan.
Moga kita akan lebih mengenal Tuhan, mengenal diri sendiri dan mengenal makna cinta melalui tiap ujian yang dikirim-Nya.
Ikhlas,
sederhanaindah.
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas pandangan.