Skip to main content

Legasi Para Bekas Kekasih. (Bab 3)

Suhaid baring di dalam bilik sambil ditemani sunyi. dia lebih suka begini. Kosong dan sepi. Bunyi kipas pun tiada kerana dia tidak membuka kipas. Dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang. Sukar untuk dia ekspresikan apa yang dia rasa.


Jika dia watak dalam drama atau filem, pasti sekarang dia akan baring sambil menangis kerana (bekas) kekasihnya berkahwin dengan orang lain. tapi itulah. Dunia realiti dan dunia di dalam drama atau filem kadang jauh berbeza.


Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dari nada deringan itu, dia tahu dia menerima mesej pada aplikasi Whatsapp telefonnya. Malas-malas dia mencapai telefon dan membuka skrin. Jika mesej ini daripada rakan-rakan yang mengejeknya, siaplah mereka nanti!


Namun semua itu berubah. Suhaid tersenyum kerana nama Syuhada tertera pada skrin telefon pintarnya. Gadis yang dia temui di majlis perkahwinan bekas kekasihnya tadi. Gadis yang datang kerana bekas kekasihnya iaitu pengantin lelaki melangsungkan perkahwinan. Heh, siapa sangka majlis perkahwinan boleh menjadi majlis para bekas kekasih berkumpul!


+ You, rasa-rasanya bekas kekasih kita tengah buat apa ya?


Suhaid menggeleng dan ketawa. Syuhada, Syuhada.


- You rasa buat apa? Tidurlah kut. Letih layan tetamu tadi.


+ Boleh tak kita doakan lipan ke, ular tedung ke, godzilla ke, datang rumah dia orang dan apa-apakan dia orang?


- Haha. Syuhada, kita ni boleh kalau nak benci orang, tapi jangan kita sesekali doakan yang tak baik. Sebab kata-kata yang kita ucap ni suatu hari nanti akan datang pada kita balik.


+ Eleh. Yelah I jelah yang tak baik. You baik.


- Haha. Eh, you bagi hadiah apa pada bekas kekasih you?


+ Set pisau dapur. I siap tulis nota ; 'khas buat isteri, sila tikam suami you kalau dia curang.'


Suhaid ketawa besar seorang diri. Ada-ada Syuhada ni!


- Eh serius la? Haha.


+ Taklah. I bagi sandwich maker je. Sebab bekas kekasih I suka makan sandwich. Dah la you, I pun nak tidur. Terima kasih sebab layan I tadi.


- Well, we're on the same boat.


+ Right. We should take that boat and throw at them.


- Tidurlah Syuhada. Don't let negativity consumed you.


+ Ada peluang lagi tak untuk kita jumpa?


- Kalau ada jodoh, inshaAllah...


Kemudian Syuhada tidak lagi membalas mesej Suhaid. Suhaid senyum sendirian. Tak sangka gadis cantik manis yang dia temui tadi, ada tahap kegilaan yang tersendiri. Jangan dia betul-betul gila sudahlah. Sayang kalau gadis cantik manis seperti Syuhada itu gila.


Suhaid dan Syuhada masing-masing tak sedar, takdir sedang menuliskan sesuatu untuk mereka berdua.


(Bersambung)

Comments

Popular posts from this blog

Shine Your Bright Lights, People.

Time heals. Masa merawat. Kebetulan. Dan saya jadi sedih sebenarnya. Bukan apa. Saya tak tahu kenapa saya mengabaikan perkara-perkara yang memberikan saya inspirasi suatu ketika dahulu. Mungkin sebab saya sekarang rasa bahagia? Mungkin. Saya ingat lagi saat selalu tertekan dan kecewa. Saat itulah idea selalu saja datang. Oh, zaman melankoli itu. Minggu ini saya tak tahu kenapa tapi orang-orang di sekeliling saya berada dalam mood sedih. Ada yang kehilangan orang rapat. Ada yang tiba-tiba mahu menghilang. Ada yang sebenarnya sudah lama hilang dan saya baru perasan. Entahlah. Ada ayat inspirasi daripada sebuah lagu saya, ayat itu berbunyi "give it a time to heal." Kalau diterjemah secara kasar, maksudnya "berikan ia waktu untuk sembuh." Saya harap, waktu akan merawat apa jua galau yang dialami kawan-kawan saya. Saya bukanlah pemberi semangat yang baik. Saya akan jadi sangat pelik kalau orang datang dan minta pendapat. Dan perkara yang selalu saya suka sebut, waktu seb...

We Lost The Course.

Sudah kehilangan baru mahu berjanji untuk menghargai. Saya kadangkala tak faham kenapa dalam hidup saya, saya perlu melalui banyak kehilangan. Adakah takdir saya dalam hidup ini memang tertulis bahawa saya tak akan dapat menggenggam apa-apa? Saya tak pernah menyalahkan takdir. Saya cuma muhasabah diri. Memang tiada yang abadi. Semua yang ada di dalam dunia ini hanyalah pinjaman. Saya sudah belajar untuk tidak terlalu menggenggam sesuatu, kerana kelak kita akan sukar untuk melepaskan. Saya redha. Saya redha. Saya kena selalu sedar, tiada kata-kata yang lebih tinggi dari firman-firman Tuhan. Jadi saya ada juga selalu mengingatkan dia supaya jangan berputus asa dengan Tuhan. Tuhan janjikan bahagia untuk semua. Saya harap dia akan ketemu bahagia yang telah Tuhan janjikan itu. Saya tak sedih. Saya cuma terharu dengan semua yang terjadi, terharu dengan cara Tuhan mengajar saya untuk tabah. Mungkin kalau saya tak mengalami kehilangan, saya tak akan setabah ini sekarang. 

"Can We Start Again?" dan "At Least We Try."

Alhamdulillah. Syukur. Buku cetak semula / direprint. Buku motivasi + cerpen pendek. Akan datang. Insyaallah... Tajuk : Can We Start Again? Oleh : Sederhanaindah Penerbit : Karya Bestari, Karangkraf Tahun : 2025 Alhamdulillah. Syukur. Buku terbaru. Buku motivation + cerpen pendek. Akan datang. Insyaallah... Tajuk : At Least We Try Oleh : Sederhanaindah Penerbit : Karya Bestari, Karangkraf Tahun : 2025