Skip to main content

Legasi Para Bekas Kekasih. (Bab 1)

Pelik atau tidak jika kita menghadiri majlis kenduri atau majlis keraian secara berseorangan? Mesti kita akan jadi kekok untuk melakukan semua perkara. Kadang-kadang nak berjalan pun tak betul, akibat gugup. Mana tidaknya, dalam ramai-ramai orang yang hadir, kita cuma mengenali satu orang saja, iaitu tuan rumah. Dan tuan rumah pula mestilah sibuk melayan semua tetamu, takkanlah mahu melayan kita seorang saja, kan? Urgh, teruknya perasaan macam ni. Kawan-kawan pula jenis pandai cakap saja. Susah senang bersamalah, apalah. Akhirnya bila kita minta tolong, masing-masing menghilangkan diri. Urgh! Suhaid cuma mampu menggeleng mengenangkan nasib dirinya.


* * * * *


Biar betul ni. Kenapa meja sebesar ni, yang boleh diduduki oleh lapan orang manusia, diduduki oleh aku seorang saja? Syuhada menoleh ke kiri, ke kanan, ke belakang. Ke depan? Tak payah toleh ke depan! Di depan sana pengantin lelaki sedang tersenyum lebar bersanding dengan pengantin perempuan yang tak kalah lebar senyumnya. Raja seharilah katakan. Apalah nasib badan. Sudahlah tak ada kawan yang sudi meneman, kemudian apabila ada di sini, duduk seorang diri di meja yang besar ni pula. Dia teringat Sakinah kawannya ketika belajar di Universiti Malaya dulu. Kata Sakinah, takdir memang kadang-kala kejam untuk manusia. Urgh!


* * * * *


Suhaid nampak sebuah meja yang cuma diduduki oleh seorang gadis. Huh? Meja punya besar dia duduk seorang saja? Tak apalah, bagus juga duduk di meja yang tak ramai orang. Tak adalah orang perasan riak wajahnya yang kecewa atau apa. Dia boleh tumpukan pada makan saja tanpa fikir orang sekeliling. Tapi dia bukannya berselera sangat pun untuk makan. Mana tidaknya, makan di majlis kenduri kahwin bekas kekasih!


* * * * *


Syuhada mencucuk-cucuk daging di atas pinggan makannya dengan garfu. Dia sudah lama kenyang namun nasi minyak dan lauk yang diambilnya masih lagi berbaki. Ah, tapi kalau nak diikutkan dia bukannya nak makan sangat pun. Tak tahu kenapa dia berani datang ke majlis ni hari ni. Memanglah dia dijemput. Tapi boleh saja kalau dia tak mahu datang, kan? Tengok, sekarang hatinya sendiri yang sakit. Syuhada menoleh ke sebelah kanan setelah mendengar ada suara berdehem. Baru dia perasan ada orang lain duduk semeja dengannya. Seorang lelaki, setepatnya. Dia melihat lelaki itu sedang memerhatikan dia mencucuk-cucuk daging di atas pinggan makannya. Apa, tak pernah tengok orang cucuk daging dengan garfu ke? Cucuk mata tu nanti baru tahu!


(Bersambung)

Comments

Popular posts from this blog

Shine Your Bright Lights, People.

Time heals. Masa merawat. Kebetulan. Dan saya jadi sedih sebenarnya. Bukan apa. Saya tak tahu kenapa saya mengabaikan perkara-perkara yang memberikan saya inspirasi suatu ketika dahulu. Mungkin sebab saya sekarang rasa bahagia? Mungkin. Saya ingat lagi saat selalu tertekan dan kecewa. Saat itulah idea selalu saja datang. Oh, zaman melankoli itu. Minggu ini saya tak tahu kenapa tapi orang-orang di sekeliling saya berada dalam mood sedih. Ada yang kehilangan orang rapat. Ada yang tiba-tiba mahu menghilang. Ada yang sebenarnya sudah lama hilang dan saya baru perasan. Entahlah. Ada ayat inspirasi daripada sebuah lagu saya, ayat itu berbunyi "give it a time to heal." Kalau diterjemah secara kasar, maksudnya "berikan ia waktu untuk sembuh." Saya harap, waktu akan merawat apa jua galau yang dialami kawan-kawan saya. Saya bukanlah pemberi semangat yang baik. Saya akan jadi sangat pelik kalau orang datang dan minta pendapat. Dan perkara yang selalu saya suka sebut, waktu seb...

We Lost The Course.

Sudah kehilangan baru mahu berjanji untuk menghargai. Saya kadangkala tak faham kenapa dalam hidup saya, saya perlu melalui banyak kehilangan. Adakah takdir saya dalam hidup ini memang tertulis bahawa saya tak akan dapat menggenggam apa-apa? Saya tak pernah menyalahkan takdir. Saya cuma muhasabah diri. Memang tiada yang abadi. Semua yang ada di dalam dunia ini hanyalah pinjaman. Saya sudah belajar untuk tidak terlalu menggenggam sesuatu, kerana kelak kita akan sukar untuk melepaskan. Saya redha. Saya redha. Saya kena selalu sedar, tiada kata-kata yang lebih tinggi dari firman-firman Tuhan. Jadi saya ada juga selalu mengingatkan dia supaya jangan berputus asa dengan Tuhan. Tuhan janjikan bahagia untuk semua. Saya harap dia akan ketemu bahagia yang telah Tuhan janjikan itu. Saya tak sedih. Saya cuma terharu dengan semua yang terjadi, terharu dengan cara Tuhan mengajar saya untuk tabah. Mungkin kalau saya tak mengalami kehilangan, saya tak akan setabah ini sekarang. 

"Can We Start Again?" dan "At Least We Try."

Alhamdulillah. Syukur. Buku cetak semula / direprint. Buku motivasi + cerpen pendek. Akan datang. Insyaallah... Tajuk : Can We Start Again? Oleh : Sederhanaindah Penerbit : Karya Bestari, Karangkraf Tahun : 2025 Alhamdulillah. Syukur. Buku terbaru. Buku motivation + cerpen pendek. Akan datang. Insyaallah... Tajuk : At Least We Try Oleh : Sederhanaindah Penerbit : Karya Bestari, Karangkraf Tahun : 2025