Skip to main content

Legasi Para Bekas Kekasih. (Tamat)

'Kepada Syuhada,


Kita selalu menyangka setelah manusia saling berjanji, mereka takkan pernah berubah. Tapi ternyata, manusia tak kebal dari virus yang bernama perubahan. Dan kedua-dua manusia yang mengalami perubahan itu tadi, perlahan-lahan menjauh. Daripada 'kita', menjadi cuma 'kau' dan 'aku.'


Hidup memang berlegar tentang meninggalkan dan ditinggalkan. Tentang datang dan pergi. Tentang hidup dan mati. Tentang bertemu dan berpisah. Sekuat-kuat kita berpegang kepada janji dan harapan, takdir selalu punya cara untuk memisahkan. Dia, atau aku, yang selalu kita mohon untuk selalu ada, bukan milik kita. Sedang diri kita sendiri pun tak mampu kita duga arah dan nasibnya. Kita akan selalu mengalami pertemuan dan kehilangan. Sedia atau tidak, suka atau tidak.


Mari kita renungkan proses memekarkan bunga. dari menanam, memupuk, menyiram, membaja, kita harap bunga kita bakal subur. Suatu hari, bunga kita mekar indah. Kita pun tersenyum bahagia, lega kerana usaha kita membungakan hasil. Tapi, kita lupa bahawa tumbuhnya pokok itu, bukan hanya sekadar usaha kita. Ada kuasa lain yang tak kita sedari. Suatu petang kita kaget. bunga yang kita semai tadi mula menguning dan layu. Kering dan rapuh. Kita berusaha untuk pulihkan, tapi sia-sia. Dengan air mata yang berderai, kita cuma mampu melihat bunga yang kita sayang semakin layu dan hampir mati.


Sebolehnya kita tak mahu menyerah, tapi mungkin itu lebih baik. Perpisahan sememangnya hal yang paling payah untuk diterima dan dihadapi. Tapi menafikan bahawa kita tak lagi sehala juga sama menyakitkan. Ya, siapa sahaja yang rela berpisah. Tapi menafikan realiti bahawa kita tak lagi sehaluan juga turut melukakan.


Tapi, jangan tanyakan kenapa Tuhan mengisi hatimu dengan cinta lalu hati itu sakit. Dia pemilik segala yang ada. Dia berhak berbuat apa saja. Dia melakukan sesuatu terhadapmu kerana Dia Maha Tahu apa yang terbaik buatmu. Kita hamba-Nya. terimalah perpisahan sebagai sebahagian dari hikmah-Nya dalam perjalanan hidupmu, untuk menguatkan dan mendewasakan. Pasrahkan rasa yang menyedihkan itu. Ucapkan doa-doa yang baik. Mungkin bahagiamu bukan sekarang tapi nanti. Yakin pada Dia, inshaAllah.


Ikhlas,

Suhaid.


pascaskrip : 'kita' tu bukan kita berdua tau. Kita kan belum ada apa-apa lagi :P'


Syuhada melipat helaian marsum yang Suhaid kirim kepadanya sambil tersenyum manis. Dia betul-betul hantar marsum tentang hikmah sebuah perpisahan yang Syuhada minta ni rupanya. Terima kasih, Suhaid! 


(Tamat)

Comments

Popular posts from this blog

Shine Your Bright Lights, People.

Time heals. Masa merawat. Kebetulan. Dan saya jadi sedih sebenarnya. Bukan apa. Saya tak tahu kenapa saya mengabaikan perkara-perkara yang memberikan saya inspirasi suatu ketika dahulu. Mungkin sebab saya sekarang rasa bahagia? Mungkin. Saya ingat lagi saat selalu tertekan dan kecewa. Saat itulah idea selalu saja datang. Oh, zaman melankoli itu. Minggu ini saya tak tahu kenapa tapi orang-orang di sekeliling saya berada dalam mood sedih. Ada yang kehilangan orang rapat. Ada yang tiba-tiba mahu menghilang. Ada yang sebenarnya sudah lama hilang dan saya baru perasan. Entahlah. Ada ayat inspirasi daripada sebuah lagu saya, ayat itu berbunyi "give it a time to heal." Kalau diterjemah secara kasar, maksudnya "berikan ia waktu untuk sembuh." Saya harap, waktu akan merawat apa jua galau yang dialami kawan-kawan saya. Saya bukanlah pemberi semangat yang baik. Saya akan jadi sangat pelik kalau orang datang dan minta pendapat. Dan perkara yang selalu saya suka sebut, waktu seb...

We Lost The Course.

Sudah kehilangan baru mahu berjanji untuk menghargai. Saya kadangkala tak faham kenapa dalam hidup saya, saya perlu melalui banyak kehilangan. Adakah takdir saya dalam hidup ini memang tertulis bahawa saya tak akan dapat menggenggam apa-apa? Saya tak pernah menyalahkan takdir. Saya cuma muhasabah diri. Memang tiada yang abadi. Semua yang ada di dalam dunia ini hanyalah pinjaman. Saya sudah belajar untuk tidak terlalu menggenggam sesuatu, kerana kelak kita akan sukar untuk melepaskan. Saya redha. Saya redha. Saya kena selalu sedar, tiada kata-kata yang lebih tinggi dari firman-firman Tuhan. Jadi saya ada juga selalu mengingatkan dia supaya jangan berputus asa dengan Tuhan. Tuhan janjikan bahagia untuk semua. Saya harap dia akan ketemu bahagia yang telah Tuhan janjikan itu. Saya tak sedih. Saya cuma terharu dengan semua yang terjadi, terharu dengan cara Tuhan mengajar saya untuk tabah. Mungkin kalau saya tak mengalami kehilangan, saya tak akan setabah ini sekarang. 

"Can We Start Again?" dan "At Least We Try."

Alhamdulillah. Syukur. Buku cetak semula / direprint. Buku motivasi + cerpen pendek. Akan datang. Insyaallah... Tajuk : Can We Start Again? Oleh : Sederhanaindah Penerbit : Karya Bestari, Karangkraf Tahun : 2025 Alhamdulillah. Syukur. Buku terbaru. Buku motivation + cerpen pendek. Akan datang. Insyaallah... Tajuk : At Least We Try Oleh : Sederhanaindah Penerbit : Karya Bestari, Karangkraf Tahun : 2025