Skip to main content

Blindpassasjer.

"Tapi apa yang kita nak, itulah yang kita tak akan dapat..."


Cinta bukan sekadar rasa untuk suka-suka. Salah rasa, cinta itu akan berakhir dengan tragis. Tapi tiap sesuatu itu telah Tuhan tuliskan sebab dan hikmah dibaliknya, kan? Cinta yang tak kesampaian, mengajar betapa kasih pun kita kepada insan lain, masih juga kita harus mengasihi diri sendiri. Mengajar supaya mencari rahsia lain disebalik perasaan cinta itu sendiri.


Sedih? Ya, benar. Namun kesudahan yang buruk dalam cinta, mengajar dan memberi inspirasi bahawa apa jua yang terjadi, hidup harus diteruskan walau tanpa cinta. Ada kembara yang harus diteruskan walau pada ketikanya kita rebah akibat kecewa.


Sememangnya yang indah itu bagaikan bintang, tinggi dan tak tercapai ataupun bagaikan bayang, berbentuk namun tidak dapat disentuh.


Kenapa saya bercakap tentang kisah patah hati? Kerana hari ini ada seorang pencinta yang musnah cintanya.


(Jeda)


Ya. Kadang apa yang paling kita nak, itulah yang kita takkan dapat.

Comments

Popular posts from this blog

Shine Your Bright Lights, People.

Time heals. Masa merawat. Kebetulan. Dan saya jadi sedih sebenarnya. Bukan apa. Saya tak tahu kenapa saya mengabaikan perkara-perkara yang memberikan saya inspirasi suatu ketika dahulu. Mungkin sebab saya sekarang rasa bahagia? Mungkin. Saya ingat lagi saat selalu tertekan dan kecewa. Saat itulah idea selalu saja datang. Oh, zaman melankoli itu. Minggu ini saya tak tahu kenapa tapi orang-orang di sekeliling saya berada dalam mood sedih. Ada yang kehilangan orang rapat. Ada yang tiba-tiba mahu menghilang. Ada yang sebenarnya sudah lama hilang dan saya baru perasan. Entahlah. Ada ayat inspirasi daripada sebuah lagu saya, ayat itu berbunyi "give it a time to heal." Kalau diterjemah secara kasar, maksudnya "berikan ia waktu untuk sembuh." Saya harap, waktu akan merawat apa jua galau yang dialami kawan-kawan saya. Saya bukanlah pemberi semangat yang baik. Saya akan jadi sangat pelik kalau orang datang dan minta pendapat. Dan perkara yang selalu saya suka sebut, waktu seb...

Sweet Like Candy Rain.

"Sorry hari tu tak dapat teman. Dah jumpa doc?" "Dah." Senyum. Menoleh ke sebelah kirinya. Najwa leka dengan selfie dan TikTok. "Hoi orang perempuan. Dapat selfie dan TikTok, leka ye!" Menyergah. "Lah abang ni, biar la. Kacau je!" Mencebik. Batrisya geleng. "So, mana arah tuju?" "Your choice, lady." "MB." "Haha. Tipikal." "Whatever." Mencebik. Kakak adik dua kali lima saja! Selalunya dia yang temankan saya jumpa doktor tu. Sebab bukan orang lain pun. Bau-bau bacang dengan doktor tu jugak. Lepas sembang-sembang itu ini, bergerak ke stesen komuter. Jam dah hampir pukul 7. "Nak balik dah ke?" Dia bertanya. Najwa masih leka dengan selfie dan TikTok. "Taklah." "So buat apa kat stesen ni?" "Lah, awak pulak buat apa kat stesen ni?" "Awak ni kan!" Mencebik. Lagi. "Haha. Tunggu waktu maghrib la." Dia senyum. Kemudian datang 3 orang manusia, duduk ...

Korban.

Because sometimes truth isn't good enough. Sometimes people deserve more. Sometimes people deserve to have their faith rewarded. Semakin orang itu mencintai apa yang dimiliknya, semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain. Cinta tanpa bertunjang kepada Ilahi hanyalah sekadar rasa tanpa pengorbanan. Mungkin betul. Mungkin kadangkala kejujuran tak cukup bagus. Dan apa agaknya yang lebih baik dari kejujuran? Pengorbanan. Bukan suruh berkorban jiwa raga, korban harta, atau korban yang bukan-bukan. Tapi cukuplah berkorban masa untuk menanti, berkorban ruang untuk berkongsi, berkorban kebahagian sendiri untuk melihat dia bahagia. Mungkin suatu hari nanti, bila dia teringat akan pengorbanan kita, dia akan sedar siapa yang selayaknya untuk dia cintai. Kalau tak sanggup berkorban, kita hanya akan mengecewakan. Bukan suruh korban maruah, harta atau diri, tetapi berkorban menjaga akhlak, hati dan iman dari perkara yang tak sepatutnya, dengan mematuhi perintah Allah. Dengan mengikuti sunna...