Skip to main content

Sweet Like Candy Rain.

"Sorry hari tu tak dapat teman. Dah jumpa doc?"


"Dah." Senyum. Menoleh ke sebelah kirinya. Najwa leka dengan selfie dan TikTok.


"Hoi orang perempuan. Dapat selfie dan TikTok, leka ye!" Menyergah.


"Lah abang ni, biar la. Kacau je!" Mencebik.


Batrisya geleng. "So, mana arah tuju?"


"Your choice, lady."


"MB."


"Haha. Tipikal."


"Whatever." Mencebik. Kakak adik dua kali lima saja!


Selalunya dia yang temankan saya jumpa doktor tu. Sebab bukan orang lain pun. Bau-bau bacang dengan doktor tu jugak. Lepas sembang-sembang itu ini, bergerak ke stesen komuter. Jam dah hampir pukul 7.


"Nak balik dah ke?" Dia bertanya. Najwa masih leka dengan selfie dan TikTok.


"Taklah."


"So buat apa kat stesen ni?"


"Lah, awak pulak buat apa kat stesen ni?"


"Awak ni kan!" Mencebik. Lagi.


"Haha. Tunggu waktu maghrib la."


Dia senyum. Kemudian datang 3 orang manusia, duduk bersebelahan kami. Dua orang perempuan seorang lelaki.


"Alah, nanti esok la kita pergi lagi. Kan dah janji nak dinner sama diorang malam ni? Takut tak sempat sampai rumah." Si lelaki bersuara.


"Yela, yela." Si perempuan bertudung mencebik.


Saya memandang Batrisya. Kemudian buat isyarat mata : haha. Kuat merajuk macam awak.


Batrisya pandang saya dengan isyarat : mana ada!


"Come on honey...jangan la camni..." Si lelaki memujuk. Si perempuan bertudung masih memasamkan muka. Kemudian si lelaki memandang kepada perempuan tak bertudung. perempuan tak bertudung menjungkit bahu. Si lelaki terpandang kiosk di depannya. Dia senyum. Bangun dan membeli sesuatu.


"Nah." Si lelaki menghulur lolipop saiz besar. Besar gila kot. Saiz tapak tangan!


"Apa bagi-bagi candy?" Si perempuan bertudung masih masam.


"Sebab saya harap kemanisan candy ni dapat meresap ke wajah awak."


Si perempuan bertudung senyum segaris. "Haha. You are so sweet, babe."


"Sweet like candy rain, kan?" Si lelaki ketawa.


"Perasan!" Si perempuan bertudung menjegilkan mata.


"Helo, tau la dah kahwin, jangan la buat drama kat sini. Respect sikit orang solo." Si perempuan tak bertudung mencelah.


"Haha. Jadi kahwin la cepat-cepat adikku sayang." Kata si perempuan bertudung. Kemudian mereka bangun dan berlalu, setelah si lelaki membeli tiket.


Selesai solat, hantar Batrisya pergi stesen LRT.


"Susah-susah je hantar sini. Patutnya awak balik terus je lepas solat tadi."


"Lah, bukan jauh mana pun."


"See you next week."


"Minggu depan takda check-up la."


"Oh? Hehe. Ok. Jangan lupa makan ubat then."


"Ya, sure."


"Lepas ni nak pergi mana?"


"Menghayati Kuala Lumpur di waktu malam."


"Yela tu. Ke...nak jumpa 'si cantik manis'?"


"Haha. Kalau tunang dia nampak, haruslah saya mati. Dream on la. Mana pernah contact selain dari Facebook."


"Don't play with fire."


"I play with larva. Dari gunung merapi punya."


Sama-sama gelak. Saya ambil cokelat dari beg. Upah sebab tolong temankan saya.


"Nah. Black forest. Your favorite." Dia ambil kemudian menyimpan dalam beg. Kemudian mengeluarkan sesuatu dari beg.


"Nah. Maybe not your favorite, but you can try." Saya geleng kepala. Lolipop. Bila masa pulak dia beli?


"Thanks. You are so sweet. Like candy rain." Meniru ayat lelaki tadi.


"Copycat!" Dia senyum.


"Nope. Copypaste." Kami sama-sama gelak.


"Alaaa...Najwa punya?" Najwa memecah keriuhan kami berdua.


"Kongsi la dengan akak kamu. Dia tak larat nak habiskan tu."


Kemudian mereka menghilang. Saya menghantar dengan pandangan. Jalan-jalan di Kuala Lumpur. Malam, takda apa pun. Lampu melimpah menerangi kota. Tu je. Dan sedikit keriuhan. Sama ada orang bekejar balik atau yang berpeleseran mencari hiburan. Jalan sampai pasar seni. Ramai orang. Biasa la. Weekend.

Comments

Popular posts from this blog

Dongeng Bunga Kembang di Langit, Mitos Bintang Berkelip di Bumi.

 "Betulkah haiwan ini tidak merbahaya? Gentar beta untuk mendekatinya." Puteri Luna mendekati gajah yang sejak tadi diam. Sudah lama dia ingin menyentuh haiwan ini, sejak pertama kali haiwan ini dibawa masuk ke dalam taman istana. "Manusia lebih berbahaya daripada haiwan, tuan puteri." Jadam masih lagi menundukkan kepala, tidak berani mengangkat wajah untuk bertentang mata dengan tuan puteri. "Haiwan cuma akan bertindak ganas apabila mereka diganggu, apabila mereka lapar. Itu reaksi normal untuk setiap makhluk yang hidup. Tapi manusia...manusia lebih kejam daripada itu. Lapar atau tidak, diganggu atau tidak, mereka tetap mahu menyusahkan orang lain, mahu menzalimi orang lain, walaupun mereka sudah cukup kenyang dan selesa." Jadam menyentuh perutnya, dari pagi tadi dia belum makan. "Kamu menyindir pimpinan ayah beta?" Sedikit tinggi suara Puteri Luna. "Jika tiada angin bertiup, tiadalah pohon bergoyang dan jika tidak kerana kebenaran, tiadala...

Shine Your Bright Lights, People.

Time heals. Masa merawat. Kebetulan. Dan saya jadi sedih sebenarnya. Bukan apa. Saya tak tahu kenapa saya mengabaikan perkara-perkara yang memberikan saya inspirasi suatu ketika dahulu. Mungkin sebab saya sekarang rasa bahagia? Mungkin. Saya ingat lagi saat selalu tertekan dan kecewa. Saat itulah idea selalu saja datang. Oh, zaman melankoli itu. Minggu ini saya tak tahu kenapa tapi orang-orang di sekeliling saya berada dalam mood sedih. Ada yang kehilangan orang rapat. Ada yang tiba-tiba mahu menghilang. Ada yang sebenarnya sudah lama hilang dan saya baru perasan. Entahlah. Ada ayat inspirasi daripada sebuah lagu saya, ayat itu berbunyi "give it a time to heal." Kalau diterjemah secara kasar, maksudnya "berikan ia waktu untuk sembuh." Saya harap, waktu akan merawat apa jua galau yang dialami kawan-kawan saya. Saya bukanlah pemberi semangat yang baik. Saya akan jadi sangat pelik kalau orang datang dan minta pendapat. Dan perkara yang selalu saya suka sebut, waktu seb...