Skip to main content

Edge Of Consciousness.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?"


Petang ahad ini kafe yang berada di tengah bandar ini tidak penuh seperti selalu. Hairan juga. Selalunya hujung minggu begini, ramai yang mengambil peluang melepak. Iyalah, esoknya hari isnin, hari bekerja. Jadi ramai yang menjadikan hari ahad hari bersantai bersama ahli keluarga, rakan-rakan atau pun kekasih.


Tapi mungkin juga kerana keadaan ekonomi semasa yang membimbangkan, cuti hujung minggu seperti hari ahad hari ini semua orang berpakat mahu minum petang di rumah bersama ahli keluarga tersayang, bagi yang berkeluarga. Kalau orang bujang pula, baik duduk rumah untuk jimatkan perbelanjaan. Bancuh air sendiri dan korek biskut kering daripada tin biskut yang isinya tak sampai separuh. Buat apa mahu minum di luar? Membazir saja. Di luar kafe, mentari bersinar malas dan angin bertiup lembut.


"Macam tak biasa pula. Tanyalah."


"Awak...suka dia kan?"


"Ya...agaknya. Kenapa?"


"Kenapa awak tak pernah bagitahu dia? Kenapa tak pernah luahkan perasaan pada dia? Tak risau ke nanti dia terlepas kat orang lain?"


Saya senyum. Memandang langit luas terbentang. Memandang awan yang berselerak tapi tetap ada arah tuju. Dan siapa yang menentukan arah mereka? Sudah semestinya Tuhan.


"Sebab...saya pun masih tak pasti dengan perasaan sendiri rasanya. Saya pun tak tahu suka saya ni, suka kerana cinta atau nafsu. Suka kerana memang nak bersama dia atau sekadar suka sebab dia cantik dan baik.


"Dan kalau betul saya suka dia sebab nak bersama dengan dia pun, entahlah. Lebih baik kurang bercakap dan banyakkan doa, kut? Sebab bagi saya, satu doa yang ikhlas tu lebih baik dari beribu pujian dan janji manis. Banyak sangat cakap benda manis, memuji, dan beri harapan, kan akan menyakitkan kalau takdir tak mengizinkan untuk bersama?"


"Oh...saya tahu. Saya ada terbaca ayat oleh Sederhanaindah, dia tulis 'mencintai dalam diam itu adalah doa.' Awak nak buat begitulah ye? Tapi, kalau awak tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang macam mana?"


Saya ketawa kerana dia bercakap menggunakan lirik lagu. Dia pun ketawa setelah sedar akan hal itu.


"Kalau dia diambil orang...maknanya dia bukan untuk sayalah. Dan saya kena redha. Sebab itu saya kata tadi, lebih baik saya berdoa daripada memikat dan memuji dia. Bila berdoa, kita akan lebih tenang sebab kita serah semuanya dalam jagaan Tuhan. Kalau saya sendiri yang memikat dan memuji dia, nanti dia bersama dengan orang lain, saya akan marah dan kecewa dan sedih."


"Okay, faham, faham. Susah nak jumpa orang yang jenis sabar dan redha macam awak ni."


"Tak susah pun kalau kita ingatkan diri, semua yang kita sayang tu, semuanya milik Tuhan. Dia pinjamkan saja. Sampai masa, Dia akan ambil semula."


Mimpi milik manusia tapi realiti, kenyataan dan takdir itu milik Tuhan. Kita boleh bermimpi, tapi kita tak boleh terlalu berharap ia akan jadi nyata. Yang kita boleh buat, berdoa dan berusaha. Jika diberi, kita bersyukur. Jika tak dapat apa yang kita mimpikan, kita sabar dan redha dan berusaha lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Can We Start Again? (2025) - ii

Buku ini ditulis untuk kamu yang pernah kecewa, penat berpura-pura kuat, dan diam-diam berharap. "Boleh ke aku mula semula?" Jawapannya ada di sini - ya, kamu boleh. "Can We Start Again?" (2025). Buku motivasi + cerpen pendek. Bakal terbit.

We Lost The Course.

Sudah kehilangan baru mahu berjanji untuk menghargai. Saya kadangkala tak faham kenapa dalam hidup saya, saya perlu melalui banyak kehilangan. Adakah takdir saya dalam hidup ini memang tertulis bahawa saya tak akan dapat menggenggam apa-apa? Saya tak pernah menyalahkan takdir. Saya cuma muhasabah diri. Memang tiada yang abadi. Semua yang ada di dalam dunia ini hanyalah pinjaman. Saya sudah belajar untuk tidak terlalu menggenggam sesuatu, kerana kelak kita akan sukar untuk melepaskan. Saya redha. Saya redha. Saya kena selalu sedar, tiada kata-kata yang lebih tinggi dari firman-firman Tuhan. Jadi saya ada juga selalu mengingatkan dia supaya jangan berputus asa dengan Tuhan. Tuhan janjikan bahagia untuk semua. Saya harap dia akan ketemu bahagia yang telah Tuhan janjikan itu. Saya tak sedih. Saya cuma terharu dengan semua yang terjadi, terharu dengan cara Tuhan mengajar saya untuk tabah. Mungkin kalau saya tak mengalami kehilangan, saya tak akan setabah ini sekarang. 

Korban.

Because sometimes truth isn't good enough. Sometimes people deserve more. Sometimes people deserve to have their faith rewarded. Semakin orang itu mencintai apa yang dimiliknya, semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain. Cinta tanpa bertunjang kepada Ilahi hanyalah sekadar rasa tanpa pengorbanan. Mungkin betul. Mungkin kadangkala kejujuran tak cukup bagus. Dan apa agaknya yang lebih baik dari kejujuran? Pengorbanan. Bukan suruh berkorban jiwa raga, korban harta, atau korban yang bukan-bukan. Tapi cukuplah berkorban masa untuk menanti, berkorban ruang untuk berkongsi, berkorban kebahagian sendiri untuk melihat dia bahagia. Mungkin suatu hari nanti, bila dia teringat akan pengorbanan kita, dia akan sedar siapa yang selayaknya untuk dia cintai. Kalau tak sanggup berkorban, kita hanya akan mengecewakan. Bukan suruh korban maruah, harta atau diri, tetapi berkorban menjaga akhlak, hati dan iman dari perkara yang tak sepatutnya, dengan mematuhi perintah Allah. Dengan mengikuti sunna...