Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

Hargailah dan berbahagialah dengan apa yang dimiliki sekarang.

"Hari ini ada yang dilahirkan, esok entah siapa pula yang akan mati. Kita gembira dan bercinta, esok mungkin kita berduka dan berpisah. Saat ini kitalah yang paling teguh imannya, esok agaknya kita lebih hina daripada haiwan. Sesuatu yang kita anggap penting hari ini, mungkin esok akan hilang, pergi, atau akan menganggap kita tak lagi penting pada keesokan hari. Hargailah dan berbahagialah dengan apa yang dimiliki sekarang. " - sederhanaindah 

Yang dah berlalu, yang dah pergi, yang dah terlepas ; tak akan berulang, tapi tak semestinya kita tak boleh dapatkan yang lebih baik di masa hadapan.

"Yang dah berlalu, yang dah pergi, yang dah terlepas ; tak akan berulang, tapi tak semestinya kita tak boleh dapatkan yang lebih baik di masa hadapan. Masa terlalu singkat untuk kita buat banyak perkara. Tapi saya percaya dalam waktu yang singkat itu, pasti ada sesuatu yang lebih baik yang boleh kita lakukan, dan ada sesuatu yang boleh kita dapatkan. Kita tak boleh salahkan waktu, yang kononnya, tak cukup untuk kita lakukan sesuatu. Semua orang dah dapat 24 jam yang sama dalam sehari. Tak ada alasan kenapa orang lain boleh buat sesuatu dan kita tak dapat buat apa-apa. " - sederhanaindah 

Dan mengucap serta memberi kata-kata yang baik itu, inshaallah akan membaikkan hati sendiri.

"Sama lintas dengan ayat terakhir itu, hujan turun. Rintiknya boleh jadi dua ; memberi manfaat atau memberi bala. Menjadi penyegar dan penyubur bumi, atau membanjiri dan melemaskan segalanya. Kata-kata juga begitu. Andai baik ia keluar dari hati, maka jika sampai ke hati yang lain akan baik juga. Dan mengucap serta memberi kata-kata yang baik itu, inshaallah akan membaikkan hati sendiri." - sederhanaindah 

Takdir adalah sesuatu yang besar, melebihi apa yang telah kita rancang.

"Terasa dingin. Hujan telah lama teduh tapi ada yang tertinggal, pada jasad, dalam hati. Kata-kata mengalir seperti air. Tak tertadahkan lagi, deras melepaskan apa yang selama ini terempang. Cinta adalah keberanian. Kata-kata adalah pemergian tanpa pulang. Takdir adalah sesuatu yang besar, melebihi apa yang telah kita rancang." - sederhanaindah 

tak apa ke mengalah? tak apa.

"tak apa ke mengalah? tak apa. mengalah bukan lemah. mengalah bermakna kau kuat untuk runtuhkan ego sendiri. sebab, apalah erti hidup kalau hanya untuk buat orang lain, terutamanya yang sayang kita, terluka. maafkanlah yang telah berlalu." - sederhanaindah 

Kerana.

Kerana doa ini masih untukmu Selalu Dalam sela-sela saat yang berlalu Dalam tiap puisi yang tercipta Dalam tiap nada yang mengalun Selalu untukmu. - sederhanaindah p/s : tiba-tiba jiwang. Don't follow me.

Jom buat doa ; untuk awak, untuk saya. Sehingga kesedihan hilang ; dari saya, dari awak.

Syaz : "Tapi itulah. Bila dah rapat, ada feeling, tiba-tiba orang tu nanti jumpa someone else, dan bahagia. Kita? Patah hati lagi." Lisa : "Hmmm. Jom buat doa ; untuk awak, untuk saya. Sehingga kesedihan hilang ; dari saya, dari awak. Sekarang sudah tiba masanya untuk menyerahkan perkara kepada takdir dan kembalilah kepada Allah." - sederhanaindah 

14 Februari?

selamat hari-hari hari kekasih. kasih pada Allah, Rasulullah, kedua ibu bapa, ahli keluarga, saudara seislam, alam sekitar, flora fauna, kucing, dan diri sendiri. hari-hari adalah hari untuk berkasih dan meraikan cinta. raikanlah cinta dalam setiap ibadah. kerana yang soleh dan solehah itu, cintanya bukan kerana terpaksa atau keduniaan. tapi untuk DIA. hanya DIA. Allahurabbi. salam cinta, sederhanaindah.

Don't cry. Pray.

"Don't cry. Pray. Setiap saat yang kita bazirkan dengan mengenang apa-apa yang tak boleh diubah tu sama dengan kita membazirkan setiap peluang untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Jadi, jangan berterusan mengenang. Let the bad time rolls. We must move forward." - sederhanaindah 

Saya fikir, terdapat banyak kesedihan.

Syaz : "Dan ada satu soalan untuk anda. Apa yang menggembirakan anda dalam hidup?" Lisa : "Urm...membuat orang lain gembira." Syaz : "Membuat orang lain gembira? Kenapa?" Lisa : "Saya tidak tahu. Saya fikir, terdapat banyak kesedihan. Tapi saya berharap dengan itu, saya dapat menghubungi orang ramai, untuk membantu, untuk mengasihi, untuk mengambil berat." Syaz : "Cukup adil. Terima kasih." - sederhanaindah p/s : happy weekend.

Ia takkan mengubah apa-apa yang telah ditentukan oleh Tuhan.

mungkin saja, kita akan nampak cantiknya aturan Tuhan, jika kita menerima takdir yang telah Dia peruntukkan untuk kita.

"Bulan tetap di langit. Saat berganti minit bertukar jam berubah hari menjelma bulan menjadi tahun, bulan tetap di langit. Tak ada apa yang akan berubah. Kita tahu hal itu. Dan kita menerimanya. Sebab apa? Sebab kita percaya itu takdir yang telah diatur Tuhan untuk bulan. Bulan selalu cantik di langit, kerana bulan tahu dan ikut aturan yang telah Tuhan tetapkan. Mungkin, mungkin saja, kita akan nampak cantiknya aturan Tuhan, jika kita menerima takdir yang telah Dia peruntukkan untuk kita, lalu berubah untuk lebih yakin pada-Nya, untuk redha atas apa jua yang Dia berikan kepada kita." - sederhanaindah 

Bersabarlah. Suatu hari nanti akan ada yang menyayangimu, menyayangimu lebih dari sayangmu kepada dia yang telah mensia-siakanmu sekarang.

"Bersabarlah. Suatu hari nanti akan ada yang menyayangimu, menyayangimu lebih dari sayangmu kepada dia yang telah mensia-siakanmu sekarang. Jarak antara awak dengan masa hadapan ni sebenarnya satu kesempatan. Satu peluang. Untuk memperbaiki diri. Untuk bermuhasabah. Supaya nanti jika awak dan masa hadapan bertemu, akan jadi pertemuan paling indah yang tak pernah awak bayangkan, yang telah DIA simpankan untuk awak lama dulu, sebagai balasan terhadap segala kesabaran dan keredaan awak atas apa yang telah terjadi." - sederhanaindah 

:) (5)

"bacakan al-Fatihah, ayat-ayat suci, dan doa-doa ikhlas ; buat jiwa yang telah pergi.  juga tidak dilupakan, untuk jiwa sendiri, yang hampir mati." - Syaz. - sederhanaindah 

"kerana melalui langit itu aku berharap doaku bisa diangkat menemui-Nya."

Syaz : "mencintai dan dicintai tak selalunya datang beriringan. kenapa masih berharap setinggi langit?" Lisa : "kerana melalui langit itu aku berharap doaku bisa diangkat menemui-Nya." lalu hujan turun. dan membasahi kami berdua. air mengalir dari kelopak mata. entah duka entah apa. entah menangis atau sekadar dibasahi hujan. - sederhanaindah  p/s : I can't 😭🫶🏻✨

Nota Untuk Sederhanaindah.

Assalamualaikum. . Inshaallah zine tulisan saya akan mula dijual / dipos pada minggu ini. . Tajuk : Nota Untuk Sederhanaindah. . Oleh : sederhanaindah. . Warna : Hitam putih. . Genre / Tema : Motivasi (psychology) + conduct of life + sajak / Jiwa dan perasaan. . Muka surat : 70 halaman. . Harga : RM30 semenanjung, RM35 Sabah, Sarawak. Termasuk pos. . Sila hubungi kami : Agen jual Muhammad Aizat, 0123472591 (PM / DM) . Terima kasih. . Buku ❎ Zine ✅

yang buat kita asyik memandang ; yang sentiasa disebut dalam doa.

Kenangan. Memori. Merindu.

Dunia memang tak adil.

Februari.

Here comes February. "moga setiap doa-doa baik yang kita doakan untuk orang lain, diiringi oleh doa-doa malaikat untuk kita kepada Tuhan." - Lisa. - sederhanaindah