Skip to main content

We All Want The Same.

Arhan termenung sambil memandang secawan kopi di hadapannya. Kopi itu ditenung kosong.


"Minum." Wardatul duduk di hadapan Arhan sambil menongkat dagu.


"Apa kaitannya kopi ini dengan masalah aku?" Arhan sedikit bingung.


"Minum sajalah..." Wardatul berkata acuh tak acuh.


Arhan memegang tangkai cawan. Kopi yang sedikit berasap itu ditiupnya sedikit dan terus meminum kopi tersebut.


"Urgh! Pahitnya kopi ni! Tak macam yang Sufiah selalu buat pun? Kau sengaja mahu kenakan aku ya?"


Wardatul senyum sinis.


"Inilah kopi istimewa yang kau selalu pesan kalau datang minum di kafe ini. Cara untuk membuat kopi ini, cuma aku dan Sufiah saja yang tahu buat. Dan untuk pengetahuan kau, ini ialah kopi tanpa gula, macam yang kau selalu minum tu..."


"Tapi, kenapa yang aku selalu minum tu manis?" Arhan bertambah bingung.


Wardatul mengambil sudu yang terletak didalam piring bersebelahan cawan kopi tersebut. Dia memasukkan sudu itu kedalam cawan lalu perlahan-lahan mengacau kopi itu.


"Kau tahu, Han...Hidup ini aku andaikan seperti kopi. Pahit! Dan cinta pula ialah gula, manis. Dengan gula, kopi menjadi manis dan dengan cinta, hidup akan bahagia."


Arhan masih lagi kebingungan.


"Habis...apa kaitan rasa kopi istimewa ni dengan aku dan Sufiah?"


"Kau masih tak faham? Selama ini dia yang sediakan kopi kepada kau..."


"Jadi..."


"Ya, kopi yang larut dengan rasa cinta, walau berapa kali minum pun, pasti akan tetap manis."


"Sufiah..."


"Ya, Sufiah cintakan kau, dan kau sia-siakan dia."


"Tapi aku keliru..."


"Sedarlah bahawa seseorang yang keliru dan tak faham dengan perasaan sendiri tak mungkin dapat membahagiakan orang lain. Sufiah sentiasa ada di sini untuk mendengar kisah putus cinta kau, tapi setiap kali juga kau akan kembali kepada cinta lama kau. Kau tak rasa bodoh dengan diri sendiri?"


Arhan merenung ke luar kafe. Cuaca mendung dan hujan akan turun. Ah, langit pun seolah mengerti rasa ini.


"Kita memang selalu menginginkan orang yang mengabaikan kita, dan mengabaikan orang yang menginginkan kita." Kata-kata Sufiah tiga hari lalu bergema di dalam minda.


Hujan pun turun. Di mana kau, Sufiah? Aku perlukan cinta...walau cuma sebesar cangkir kopi.

Comments

Popular posts from this blog

Shine Your Bright Lights, People.

Time heals. Masa merawat. Kebetulan. Dan saya jadi sedih sebenarnya. Bukan apa. Saya tak tahu kenapa saya mengabaikan perkara-perkara yang memberikan saya inspirasi suatu ketika dahulu. Mungkin sebab saya sekarang rasa bahagia? Mungkin. Saya ingat lagi saat selalu tertekan dan kecewa. Saat itulah idea selalu saja datang. Oh, zaman melankoli itu. Minggu ini saya tak tahu kenapa tapi orang-orang di sekeliling saya berada dalam mood sedih. Ada yang kehilangan orang rapat. Ada yang tiba-tiba mahu menghilang. Ada yang sebenarnya sudah lama hilang dan saya baru perasan. Entahlah. Ada ayat inspirasi daripada sebuah lagu saya, ayat itu berbunyi "give it a time to heal." Kalau diterjemah secara kasar, maksudnya "berikan ia waktu untuk sembuh." Saya harap, waktu akan merawat apa jua galau yang dialami kawan-kawan saya. Saya bukanlah pemberi semangat yang baik. Saya akan jadi sangat pelik kalau orang datang dan minta pendapat. Dan perkara yang selalu saya suka sebut, waktu seb...

We Lost The Course.

Sudah kehilangan baru mahu berjanji untuk menghargai. Saya kadangkala tak faham kenapa dalam hidup saya, saya perlu melalui banyak kehilangan. Adakah takdir saya dalam hidup ini memang tertulis bahawa saya tak akan dapat menggenggam apa-apa? Saya tak pernah menyalahkan takdir. Saya cuma muhasabah diri. Memang tiada yang abadi. Semua yang ada di dalam dunia ini hanyalah pinjaman. Saya sudah belajar untuk tidak terlalu menggenggam sesuatu, kerana kelak kita akan sukar untuk melepaskan. Saya redha. Saya redha. Saya kena selalu sedar, tiada kata-kata yang lebih tinggi dari firman-firman Tuhan. Jadi saya ada juga selalu mengingatkan dia supaya jangan berputus asa dengan Tuhan. Tuhan janjikan bahagia untuk semua. Saya harap dia akan ketemu bahagia yang telah Tuhan janjikan itu. Saya tak sedih. Saya cuma terharu dengan semua yang terjadi, terharu dengan cara Tuhan mengajar saya untuk tabah. Mungkin kalau saya tak mengalami kehilangan, saya tak akan setabah ini sekarang. 

Korban.

Because sometimes truth isn't good enough. Sometimes people deserve more. Sometimes people deserve to have their faith rewarded. Semakin orang itu mencintai apa yang dimiliknya, semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain. Cinta tanpa bertunjang kepada Ilahi hanyalah sekadar rasa tanpa pengorbanan. Mungkin betul. Mungkin kadangkala kejujuran tak cukup bagus. Dan apa agaknya yang lebih baik dari kejujuran? Pengorbanan. Bukan suruh berkorban jiwa raga, korban harta, atau korban yang bukan-bukan. Tapi cukuplah berkorban masa untuk menanti, berkorban ruang untuk berkongsi, berkorban kebahagian sendiri untuk melihat dia bahagia. Mungkin suatu hari nanti, bila dia teringat akan pengorbanan kita, dia akan sedar siapa yang selayaknya untuk dia cintai. Kalau tak sanggup berkorban, kita hanya akan mengecewakan. Bukan suruh korban maruah, harta atau diri, tetapi berkorban menjaga akhlak, hati dan iman dari perkara yang tak sepatutnya, dengan mematuhi perintah Allah. Dengan mengikuti sunna...