Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Apabila Tuhan menarik segala nikmat yang Dia berikan, jangan bersungut.

...kita bersangka baik dengan aturan Allah.

Watak baru.

"seulas senyuman dan setitis air mata yang kita kongsikan, menyatukan jiwa-jiwa yang patah hati. Alhamdulillah." - Syazwi ; Syaz. "kadang-kadang Tuhan beri kembali sesuatu yang kita dah campak jauh-jauh, sebab sebelum ni kita tak pernah nampak hikmah disebaliknya." - Lisana ; Lisa. Syaz (lelaki) dan Lisa (perempuan ). Watak baru saya 😊🙏🏻✨ Novel? Hmmm. Cerita pendek? Heeee. Bismillahirrahmanirrahim...

Menjadi yang terbaik tak seharusnya sempurna. Cukup menjadi diri sendiri.

Cemburu tak tengok dia bahagia dengan orang lain?

Dekatkan hati kita kepada Allah.

Cinta dalam hati, berharap pada doa, dan iman kepada Allah.

Awak tahu kan saya suka tengok langit, cari bintang? Dari itu saya yakin dan percaya takdir saya juga bakal indah jika harapan saya cuma pada-Nya.

“Awak tahu kan saya suka tengok langit, cari bintang? Saya terfikir, bahawa Tuhan dah susun dengan cantik tiap titik bintang di semesta terbuka lalu membuatkan langit yang kelam tu menjadi bercahaya. Dari itu saya yakin dan percaya takdir saya juga bakal indah jika harapan saya cuma pada-Nya. Iyalah, jika sekecil bintang mampu Tuhan cantikkan wujudnya, apatah lagi manusia, yang berusaha, yang bersabar, yang berdoa.” - sederhanaindah 

Apa jua yang kita rasa semasa hidup ni, nikmatilah. Sebab semua benda ada nilai dan hikmah tersendiri.

"Jangan mengalah selagi ada nafas. Teruskan mencari. Apa jua yang kita rasa semasa hidup ni, nikmatilah. Sebab semua benda ada nilai dan hikmah tersendiri. Walaupun yang datang pada kita cuma benda-benda musibah, yakinlah kalau tak di dunia, di akhirat ada yang lebih baik, asal kita tak berhenti berusaha mencari yang terbaik." - sederhanaindah 

Menahan marah dan memaafkan orang lain tu antara sifat ihsan yang Tuhan suka.

+ “Maksud saya, kenapa awak tak marah langsung, kenapa awak mudah memberi maaf?” - “Sebab Tuhan sayang pada orang yang menahan marah, awak. Menahan marah dan memaafkan orang lain tu antara sifat ihsan yang Tuhan suka. Kenapa kita kena tahan marah? Sebab tiada apa yang baik yang terhasil daripada kemarahan. Kemarahan boleh menyebabkan persaudaraan terputus, mengakibatkan orang saling berbunuhan, dan merosakkan kehidupan orang lain. Sebab tu bila marah, lebih baik diam sebentar, tenangkan diri. Kalau fikir balik, kadang-kadang kita ni suka marah pada hal-hal yang sebenarnya kecil saja." - sederhanaindah 

Yang pentingnya sekarang, kita baiki diri kita untuk jadi lebih baik dan jangan lagi bersikap lemah.

“Dalam dunia ni, dalam hidup kita, sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita diterima. Memang, bukan semua sudut dalam dunia ni, bukan semua sudut dalam hati orang, ada tempat untuk kita. Tapi itu tak bermakna kita tak ada ruang di tempat lain, dengan orang lain. Yang pentingnya sekarang, kita baiki diri kita untuk jadi lebih baik dan jangan lagi bersikap lemah. InshaAllah kalau kita boleh betulkan diri kita, nanti akan ada orang yang nampak usaha kita tu, dan menerima kita apa adanya, menerima kita sebaiknya." - sederhanaindah

Your du'a is the blanket that keeps you warm when this world are cold enough to break you.

+ "Kenapa kena banyak berdoa?" - "Your du'a is the blanket that keeps you warm when this world are cold enough to break you." + "Masih tak faham. Terangkan?" - "When you think that your problem is big, you need to talk to something that is bigger than your problem. And what is bigger than your problem? Allah. He will help you, inshaallah." + "Terima kasih." - sederhanaindah 

Cuba berubah dan serahkan semuanya kepada Tuhan.

"Make peace with yourself, so you will be able to start rebuilding your own happiness. If you can't find happiness within yourself, how can you find happiness with others? Maafkan orang lain, maafkan diri sendiri, berhenti mengenang, bersangka baik, cuba berubah dan serahkan semuanya kepada Tuhan." - sederhanaindah 

Lepaskan. Teruskan.

"‪Lepaskan. Maafkan diri sendiri. Maafkan keadaan. Sedar bahawa ia sudah berakhir. Sedar bahawa ia adalah sebahagian daripada sejarah anda, bukan takdir anda. Tidak mengapa untuk berhenti mengambil berat. Tidak mengapa untuk pergi. Terimalah bahawa perpisahan adalah sebahagian daripada kehidupan. Teruskan." - sederhanaindah 

Jika anda berpegang pada masa lalu itu bermakna anda tidak percaya bahawa Allah mempunyai rancangan untuk masa depan anda.

"Apa sahaja perkara yang kita ada pada masa lalu adalah milik masa lalu. Kini tiba masanya untuk menerimanya walaupun terluka untuk berbuat demikian. Kerana jika anda berpegang pada masa lalu itu bermakna anda sedang menahan penderitaan. Jika anda berpegang pada masa lalu itu bermakna anda tidak percaya bahawa Allah mempunyai rancangan untuk masa depan anda. Mengapa berpegang pada perkara yang menjauhkan anda daripada harapan dan cinta? Terima dan lepaskan, supaya rasa sakit akan hilang." - sederhanaindah 

Apa pun yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya. Tuhan janjikan bahagia untuk semua.

+ "Awak, jatuh cinta dengan orang yang salah, tak semestinya berakhir dengan sepi. Cinta tak pernah datang sekali." - "Maka?" + "Rukun iman keenam, beriman kepada Qada dan Qadar. Percaya setiap yang berlaku ada hikmah. Berlapang dadalah dengan ketentuan Tuhan. Apa pun yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya. Saya percaya itu. Sebab saya yakin, Tuhan janjikan bahagia untuk semua." - "Terima kasih." - sederhanaindah 

Cuba lepaskan dan teruskan. Mungkin akan ada ruang untuk kebahagiaan untuk menunjukkannya kepada anda.

"Paling penting, ingatlah bahawa takdir adalah kerja dua belah ; nasib dan usaha anda. Anda inginkan kebahagiaan tetapi anda terus berpegang pada masa lalu yang menyedihkan dan kenangan buruk. Cuba lepaskan dan teruskan. Mungkin akan ada ruang untuk kebahagiaan untuk menunjukkannya kepada anda. Rindu melemahkan. Doa menguatkan. Jarak menguji. Sabar menenangi." - sederhanaindah 

:) (3)

Tulisan yang baik itu ibarat lilin yang berkualiti ; tidak mudah cair, bertahan lama, dan terang cahayanya. Saya mengibaratkan sesebuah tulisan itu seperti lilin kerana sesebuah tulisan yang kita baca, mendedahkan kita kepada sesuatu yang belum kita ketahui, membawa kita menerokai daerah yang mungkin asing buat kita, menyuluh apa-apa yang tidak pernah kita nampak sebelum ini. Itu tulisan yang baik, yang bahasanya kemas dan sopan, yang cerita mendidik sesuatu, yang pemikirannya mengubah kita sedikit sebanyak menjadi lebih baik. Tulisan yang tidak baik juga ibarat lilin. Namun kurang kualitinya berbanding lilin yang baik. Mudah cair, tidak bertahan lama dan cahayanya agak malap. Ya, lilin yang kurang kualiti juga berfungsi untuk menyuluh dan menerangi kegelapan, tetapi terdapat sedikit kesan buruk berbanding lilin yang berkualiti. Bayangkan jika kita memegang lilin yang kurang berkualiti sambil berjalan menuju sesuatu tempat. Setiap langkah yang kita ambil, lilin itu cair dan tititsanny

Hai!

Hai! I'm sederhanaindah (a.k.a Shukri). Selamat berkenalan! Penulis. Heee. - sederhanaindah  p/s : Rasa-rasa macam nak tulisan. Perlahan-lahan. Okey la, memori datang lagi. Alhamdulillah. Lagi...fisioterapi at work. Percakapan...still at work. Sikit-sikit. Heee. Doakan saya! Saya : “Sebab saya rasa kita kena mula dengan perkara-perkara yang kecil, kut? Ramai orang menulis hal-hal yang besar tapi melupakan hal-hal yang kecil walhal hal-hal yang kecil itu penting juga sebenarnya. Orang kalau hatinya bermasalah, kalau perasaannya tak tenteram, semua benda akan jadi tak kena. Ibadahnya tak khusyuk, kerjanya tak jalan, belajar tak boleh fokus. Jadi saya cuba, menulis tentang hati dan perasaan moga-moga ada hati yang bakal menemukan sedikit ketenangan selepas membaca tulisan saya.” :) - sederhanaindah

Peace 😊✌🏻✨

For those who still together, stay loyal. For those who no longer together, you will meet a better one. For those who still single, don't settle, you will find someone who accept you the way you are. For those who are in relationships, dating till married. Peace 😊✌🏻✨ - sederhanaindah

Kamu akan kehilangan jiwa itu dan mati.

"sayangilah orang lain, seperti kamu menyayangi dirimu sendiri. janganlah berbuat sesuatu kepada orang lain, yang kamu tidak suka terjadi pada dirimu. dekatilah musuhmu yang menunjukkan silapmu secara berhadapan. jauhilah sahabat yang menikammu saat kau berpaling membelakanginya. dan bila kamu lebih mencintai jiwamu sendiri lebih daripada mencintai jalan Tuhanmu, kamu akan kehilangan jiwa itu dan mati." - sederhanaindah 

Cubalah untuk berubah.

“Kita tak ada selamanya. Buatlah pilihan sesegera mungkin, walau sukar. Kalau tak, selamanyalah awak akan terperangkap dengan penyesalan semalam. Cubalah untuk berubah. Beranikan diri awak, biasakan diri awak untuk hidup tanpa sesuatu atau seseorang yang awak harapkan. Terlalu banyak berharap akan meracun realiti, akan membutakan awak pada kebenaran. Kalau awak sendiri tak mahu berubah, kalau awak sendiri tak mahu tolong diri sendiri, siapa lagi?” - sederhanaindah 

Tentang bunga ; Tentang manusia.

"Berbalik kepada soalan tentang kuntuman bunga yang manakah yang paling indah yang saya tanyakan tadi. Saya rasa bunga dan manusia ada mempunyai persamaan. Tentang bunga, semua bunga akan mekar, tetapi yang paling indah antara semua yang mekar itu adalah yang mengeluarkan harum. Tentang manusia pula, semua manusia adalah sama cantik dan sama kacak, telah sempurna diciptakan oleh-Nya, dan manusia yang paling baik antara semua manusia adalah yang bertakwa kepada Tuhan." - sederhanaindah 

Masa untuk bangun. Masa untuk melepaskan. Masa untuk sembuh. Masa untuk berubah.

“Satu langkah pada satu-satu masa, awak. Semua orang perlukan masa. Masa untuk bangun. Masa untuk melepaskan. Masa untuk sembuh. Masa untuk berubah. Sebab tu juga saya mahu ingatkan awak semula, bahawa manusia sentiasa ada pilihan. Sedih atau gembira, kecewa atau redha, bahagia atau derita, semua tu pilihan. Ada orang yang kaya, tapi kenapa hidupnya tak gembira? Ada orang yang miskin, tapi kenapa dia boleh selalu tersenyum? Perasaan kita, bukan ditentukan oleh apa yang kita ada, tapi apa yang kita pilih. Apa yang kita pilih untuk rasa, itulah yang akan kita rasa." - sederhanaindah

Redha, tabah, sabar, move on.

"Biasalah tu kita nak kat orang tapi orang tu nak kat orang lain or jadi milik orang lain. Memetik satu ayat dari filem seberang, "barang yang kepunyaan orang seeloknya diikhlaskan saja." Redha, tabah, sabar, move on." :) - sederhanaindah

Selamat datang 2023.

"Ada saat dimana kita tidak perlu menoleh ke belakang. Jangan lihat lagi apa yang sudah ikhlas kita tinggalkan. Saya percaya, itu akan meringankan langkah, untuk menjemput sesuatu yang baru. Sesuatu yang lebih melegakan. Sesuatu yang membuat kita bersyukur, kerana menjemputnya dengan tangan atau hati yang sudah dikosongkan.  Sememangnya ikhlas itu tidak semudah bernafas. Kadang kita akan berdiam terlalu lama untuk menahan diri supaya tidak menoleh ke belakang. Saat kita berhenti, kadang-kadang waktu tak ikut menemani. Waktu terus berjalan. Lalu timbul persoalan ; harapan, di manakah ia? Tertinggal jauh di masa lalu atau berlari laju seiring waktu? Untuk mengejar harapan, keputusan adalah di tangan sendiri. Sama ada mahu kekal berjalan mundur dan dihimpit kenangan, atau berlari kehadapan dan memanjat tembok yang memisahkan antara awak dengan masa depan. Cuma sesuatu yang pasti, ikhlaslah. Kerana sungguh, ikhlas itu akan melegakan." :) - sederhanaindah