Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2022

Terima kasih 2022.

"tahun baru, tak semuanya jadi baru. kadang-kadang bila tengok cermin memori semalam, nampak diri sendiri, baru sedar yang hidup ni cuma sejarah yang berulang. kadang-kadang hari ni cakap nak jadi baik, esok, lusa, masih juga buat benda yang tak baik. nak jadi baik memang senang, tapi istiqamah di atas jalan kebaikan tu yang susah. belajarlah untuk ikhlas. belajarlah untuk redha. belajarlah untuk sabar. bermula dari perkara-perkara yang sederhana, dah cukup kukuh barulah beralih kepada perkara besar. Tuhan tak tengok pada hasil, tapi Tuhan tengok pada usaha. dan ingat, Tuhan lebih suka kalau kita melakukan kebaikan-kebaikan yang kecil tapi berterusan, berbanding melakukan kebaikan-kebaikan besar tapi cuma pada waktu tertentu. jaga akhlak, jaga hati, jaga iman, walau di mana kita berada." :) - sederhanaindah 

Tuhan selalu memerhati, Tuhan selalu mengasihi, Tuhan selalu mengirim cinta - asal awak percayakan Dia, bahagia akan datang lagi kepada awak.

"Awak, bahagia selalu ada menunggu awak, jika awak tutup pintu kekecewaan dan membuka pintu perubahan. Awak akan nampak bahagia berdiri di situ sebab dalam setiap langkah silam yang awak cuba padam, dalam setiap kesibukan kenangan yang ingin awak senyapkan, dalam setiap tawa yang awak palsukan untuk menutup kesedihan, dalam setiap jeritan yang awak simpan dan rahsiakan ; Tuhan selalu memerhati, Tuhan selalu mengasihi, Tuhan selalu mengirim cinta. Asal awak percayakan Dia, bahagia akan datang lagi kepada awak. Bahagia akan datang lagi kepada awak. " - sederhanaindah

Tapi doa-doa yang awak jahit, akan menjadi perca yang menyapu segala air mata.

"Awak, pernah tak awak bertanya siapa diri awak? Macam mana awak boleh sampai sejauh ini? Ya, sebelum ni pun awak pernah begini, kan? Tapi akhirnya awak tabah, kan? Subuh muncul setiap pagi, membuka pintu kepada pelbagai peluang. Tangis semalam masih bersisa, saya tahu. Tapi doa-doa yang awak jahit, akan menjadi perca yang menyapu segala air mata. Fikiran awak akan lebih jelas. Dan awak akan sedar bahawa sesuatu yang buruk tu berakhir supaya kita dapat bermula semula dengan baik. Seperti suria yang menghapus gelap malam, bahagia akan datang lagi kepada awak. " - sederhanaindah

Esok atau lusa kita akan masuk episod baru, lalu kita akan bertemu sesuatu yang baru. Sesuatu yang lebih elok.

"Awak, kenapa bersedih? Ada apa-apa yang tak kena? Terluka dengan pilihan? Kecewa dengan situasi? Patah hati kerana dikhianati? Awak ingat tak tentang pilihan? Ya, pilihan dan takdir kadang tak sehaluan. Dan hidup bukannya setenang air di tasik. Hidup mengalir deras seperti air sungai, kadang tersangkut batu kadang terhempas kayu. Hidup membawa kita dari satu keadaan ke keadaan yang lain, dan meninggalkan parut bernama kenangan. Parut itu tanda bahawa kita telah mencuba. Masa demi masa, kita tak akan kisah tentang parut itu lagi sebab hidup ini ada beberapa episod. Esok atau lusa kita akan masuk episod baru, lalu kita akan bertemu sesuatu yang baru. Sesuatu yang lebih elok. Bagai mentari yang muncul setelah kelam malam, kebahagiaan akan datang lagi kepada awak. " - sederhanaindah p/s : Jumaat terakhir tahun 2022. Semoga 2023 lebih baik untuk kita semua. Salam Jumaat.

Dunia hanya tempat persinggaham dan kesukaan yang sementara. Jangan berduka cita atas hal-hal yang fana.

+ “Kalau sesuatu atau seseorang itu pergi, adakah ia akan datang kembali?”  - “Iya. Mungkin dalam bentuk yang lebih baik. Jika bukan esok, mungkin nanti. Meski hari ini bakal berlalu, siapa tahu esok yang tiba akan menjadi lebih baik buat kita?" + “Sama halnya dengan cinta?” - “Iya. Mungkin yang pergi itu cinta, tapi yang akan datang nanti jodoh. Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang, tapi nanti akan datang seseorang yang bakal menyayangi kita sepenuh hati.” *Hanya perkara yang dituntut oleh Allah adalah yang kekal. Selain dari itu, dunia hanya tempat persinggaham dan kesukaan yang sementara. Jangan berduka cita atas hal-hal yang fana.* - sederhanaindah 

Jangan banyak bertanya dan mempersoal, sebaliknya terima saya apa yang telah terjadi.

"Dalam hidup ni kita kena buat pilihan. Nak ke depan atau ke belakang, nak ke kiri atau ke kanan, nak ke atas atau ke bawah, ya atau tidak, untuk membenci atau memaafkan, untuk melawan atau menyerah. Kita kena buat pilihan. Dan kalau pilihan tu tak seperti yang kita harapkan, kita kena terima apa yang dah ditakdirkan untuk kita. Jangan banyak bertanya dan mempersoal, sebaliknya terima saya apa yang telah terjadi, dan melangkahlah seiring masa. Selagi kita tak terima apa yang dah tertulis, selagi itu kita akan terperangkap di masa silam, selagi itu dada kita tak akan lapang, selagi itu hati kita tak akan tenang." - sederhanaindah

Jadi lebih baik kita tabahkan diri, dan bergerak seiring masa.

"Masa tak menunggu kita dan tak perlukan kebenaran kita untuk bergerak. Masa akan tetap berjalan walau kita rasa waktu seakan terhenti saat kita berasa kecewa dan tak puas hati atas sesuatu yang telah ditakdirkan. Jadi lebih baik kita tabahkan diri, dan bergerak seiring masa. Sebab terperangkap dengan masa lalu cuma akan merugikan diri kita sendiri. Akan membantutkan peluang untuk mencapai bahagia." - sederhanaindah

Bersyukur, dan gunakan nafas yang ada untuk berusaha sebaik mungkin menjalani kehidupan.

"Kewujudan kita ni satu yang 'rare' dan indah. Bayangkan, dalam ramai-ramai manusia, mak dan ayah kita bertemu, bercinta, bersatu, dan kita pun wujud. Itu bukan satu kebetulan tau. Tuhan dah atur dengan cantik hal tu. Jadi rugilah kalau kita sia-siakan kewujudan kita dengan asyik berfikir hal-hal yang negatif. Jadi kalau kita rasa diri kita ni tak guna, tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan, atau rasa diri kita ni tak ada nilai, sila betulkan balik tanggapan tu. Kita wujud ni pun dah kira satu anugerah. Jika tak untuk diri sendiri, untuk ibu bapa kita. Jadi kenalah hargai kewujudan ni sebaiknya. Bersyukur, dan gunakan nafas yang ada untuk berusaha sebaik mungkin menjalani kehidupan." - sederhanaindah

Tuhan selalu tepat waktu.

"Tapi awak kena ingat ; doa, takdir dan Tuhan ada cara sendiri untuk mempertemukan yang terbuang, untuk menyatukan yang hilang. Sebab sesuatu hal itu hadir dengan ketentuan, bukan permintaan. Boleh meminta, tapi jangan meminta-minta. Jangan memaksa. Tuhan selalu tepat waktu. Kalau Dia nak bagi sesuatu, tak akan lambat sesaat, tak akan cepat sesaat. Kita akan dapat apa ditentukan pada kita tepat pada waktunya, dan waktu-Nya." - sederhanaindah 

Pengakhiran sesuatu kadangkala merupakan peluang terbaik untuk memulakan sesuatu yang lain, yang lebih baik.

- “Jadi walaupun sesuatu tu dah berakhir, sebenarnya kita masih ada harapan?" + “Mungkin. Tapi jangan cari harapan di tempat yang sama. Harapan tu selalu ada. Dan ia terletak kepada bagaimana kita menerima apa yang takdir telah tentukan untuk kita. Contohnya, macam berperasaan yang awak kata tadi. Bila takdir dah tak mengizinkan kita bersama dengan orang yang kita cintai, janganlah lagi kita mengharapkan pada yang tak jadi tu. Carilah orang lain pula. Itu yang dimaksudkan sentiasa ada harapan. Yang berlalu tak boleh diulang, tapi tak semestinya kita tak boleh dapat yang lebih baik. InshaAllah ada, di masa depan.” *Pengakhiran sesuatu kadangkala merupakan peluang terbaik untuk memulakan sesuatu yang lain, yang lebih baik. Tapi ramai yang tak menyedari hal itu, dan berterus-terusan mahu membetulkan apa yang dah tak boleh diubah.* - sederhanaindah 

Kita susah nak redha, sebab kita susah nak ikhlas.

+ "Saya tahu. Awak dah pesan banyak kali kan. Tapi susah. Rasa susah sangat nak redha." - "Kita susah nak redha, sebab kita susah nak ikhlas." + "Macam mana nak betul-betul ikhlas?" - "Terima apa yang dah jadi dengan hati yang lapang. Teruskan hidup dengan tak lagi mengenang apa yang dah berlalu. Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencamtum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu." + "InshaAllah. Terima kasih." - sederhanaindah 

Go little rockstar! 😎🫰🏻✨

Terima kasih 😊🫰🏻✨ minta maaf 🥹🫰🏻✨ jaga penulis, okay? 😁🫰🏻✨

Harapan itu indah.

"Sandarkan segala harapan kepada yang pemberi segala jenis bahagia, Allah. InshaAllah kita akan sentiasa tenang. Dan jika ada saatnya doa kita seolah-olah tidak didengar, kita akan tetap tersenyum kerana yakin Allah mencintai kita lebih dari apa yang kita tahu dan perlu. Harapan itu indah. Jika disandarkan kepada yang Maha Indah, Allah. Saya setuju, tanpa harapan kita takkan bahagia. Dan sebaik-baik tempat mengharap hanyalah Allah. Bukan pada makhluk, pada benda, atau pada apa jua pun. " - sederhanaindah

So have faith. Redha. Move on.

“Memang langit tak sentiasa cerah, tapi kita perlu ingat juga, laut tak selamanya bergelombang. Patah hati mungkin adalah cara Tuhan mahu kita tahu bahawa ada keinginan kita yang tak sesuai, kerana Dia ada rencana yang lebih baik. So have faith. Redha. Move on.” - sederhanaindah 

Sebab tu orang yang selalu senyum tu, tak semestinya bahagia, kan?

+ "Sebab tu orang yang selalu senyum tu, tak semestinya bahagia, kan?" - "Too much laughter kills the heart. Because laughter always follows by tears." + "Tapi sampai bila nak sedih?" - "Tak apa la tak ketawa sekarang, asal jangan menangis kat akhirat kelak." + "Cakap la sesuatu pasal senja hari ni." - "Tuhan menciptakan senja yang sementara, agar kita belajar menghargai nafas yang masih tersisa." - sederhanaindah 

Sebagai manusia yang beriman, perlu kita pegang kuat kepada qada’ dan qadar.

"Awak kata awak mahu betulkan kesalahan dalam membuat pilihan, kan? Bagaimana kalau pilihan seterusnya yang awak buat juga adalah pilihan yang salah? Adakah awak akan undurkan masa sekali lagi, berulang kali, hingga awak dapat apa yang awak mahukan?  Dalam hal ini bukan takdir atau masa yang bersalah, awak, tetapi manusia. Berilah sebanyak mana peluang untuk kembali membetulkan pilihan, tetapi jika manusia sendiri yang tak mahu berubah, semua peluang itu akan sia-sia. Sebagai manusia yang beriman, perlu kita pegang kuat kepada qada’ dan qadar. Tak apa sekali tersalah, inshaAllah itu akan jadi permulaan baru untuk membaiki diri." - sederhanaindah 

Saya selalu berdoa agar dikurniakan hati yang sabar, ikhlas dan redha.

"Kenapa ya, manusia ketika ingin melakukan pilihan, tidak pernah ingat kepada Tuhan? Kemudian apabila mereka kecewa sesudah itu, barulah mereka kembali kepada Tuhan. Itu pun jika kembali. Bagaimana pula dengan mereka yang menyalahkan-Nya, lalu menjauh? Nauzubillah. Saya selalu berdoa agar dikurniakan hati yang sabar, ikhlas dan redha. Dengan hati yang sabar, ikhlas dan redha sahajalah kita akan dapat melihat hikmah di sebalik sesuatu, inshaAllah." - sederhanaindah 

Jangan sesekali ada rasa memiliki dalam hati.

"Jika hendak bahagia, jangan sesekali ada rasa memiliki dalam hati. Mempunyai rasa memiliki akan buat kita tamak dengan manusia lain. Bahkan kadangkala akan buat kita tamak dengan Tuhan. Iyalah, bila kita rasa kita memiliki sesuatu itu, kita akan jadi lupa segala yang kita ada cuma pinjaman. Lalu nanti apabila Tuhan mengambil semula sesuatu yang kita pinjamkan, kita akan jadi marah-marah, dan merungut serta mempersoal tindakan Tuhan." - sederhanaindah

Pilihan Tuhan adalah pilihan terbaik.

+ "Pergilah kepada dia yang kau cintai sejak dulu, yang telah kau kenal bertahun lama dan tahu budi bahasanya. Aku sekadar muncul untuk berlalu, untuk mungkin menyembuhkanmu, tapi bukan untuk selamanya di sisimu." - ". . . . ." + "Pilihan Tuhan adalah pilihan terbaik. Mungkin Tuhan tak alihkan cinta untuk dia dari hati kau kerana Tuhan telah tetapkan dia adalah yang terbaik untukmu. Kalian terpisah sementara, mungkin untuk menginsafi diri, mungkin untuk bermuhasabah tentang sesuatu yang kalian terlepas pandang sebelum ini. Hei, setidaknya aku akan melihat kau bahagia. Bukankah bahagia itu adalah bersama dengan orang yang dicintai? Dan bagi diriku, bahagia itu adalah melihat yang kita cintai mendapat bahagianya." - "Kau tak kecewa?" + "Jangan risau, Tuhan akan selalu mencintaiku." - sederhanaindah

Goodbye 2022. Hello 2023.

+ "Awak dah lama menulis, kan?" - "Bolehlah. Kenapa?" + "Ada orang cakap, talked don't change a thing. Pendapat awak?" - "Kadang-kadang bercakap takkan mengubah apa-apa. Mungkin. Tapi bercakap akan memulakan sesuatu. Seperti benih yang perlu disiram untuk menumbuhkan pohon, kadang-kadang tindakan juga memerlukan kata-kata sebagai pencetus." + "Terangkan?" - "Ada orang, dia tak suka nak luah perasaan dia walau sedih macam mana sekali pun dia rasa. Ada orang segan nak cari orang untuk berkongsi masalah. Ada orang, mereka rasa kalau mereka beritahu pada orang lain apa mereka rasa, hal tu akan menjadi beban. Jadi, dengan menulis, harapnya, ada la yang sedang sedih ke, kecewa ke, terluka ke, bila baca, akan rasa lega, walau untuk sekejap." + "Jadi, awak yakin yang kata-kata boleh ubah seseorang?" - "Taklah yakin, cuma berharap. Lagipun kata-kata kan doa? Mungkin bila berkata-kata yang baik untuk orang, itu akan m

Tuhan janjikan bahagia untuk semua, awak.

+ “Awak rasa ada harapan ke untuk saya, orang yang patah hati ni, kembali bahagia?” - “Tuhan janjikan bahagia untuk semua, awak. Selebat apa pun hujan, inshaAllah matahari akan kembali bersinar. Manusia pun begitulah, sesedih apa pun kita, inshaAllah bahagia akan tiba juga. Asal kita tak berhenti berharap dan memohon kepada-Nya.” + “Terima kasih untuk kata-kata awak tu." - sederhanaindah 

Macam mana kalau nanti serpihnya tu, melukakan awak?

+ “Saya ada satu soalan nak tanya. Katakanlah, kalau ada seorang perempuan, dengan hati yang berserpih, datang kepada awak, dengan harapan ingin menjadikan awak tempat berlindung. Apa akan awak lakukan?” - “Saya akan mencintai dia dengan setiap serpih yang hancur itu.” + “Macam mana kalau nanti serpihnya tu, melukakan awak?” - “Saya tak kisah terluka, asalkan yang saya lindungi tu tak apa-apa. Apa pun harapan kita, simpan dalam doa, luahkan pada Dia, awak. Yang terbaik itu dalam rahsia-Nya, maka minta pada Dia, bukan pada manusia. InshaAllah Dia akan tunjukkan apa yang terbaik untuk kita.” - sederhanaindah 

Sabar. Tuhan berfirman, "berilah berita gembira kepada orang yang sabar."

+ "Yelah, tapi sampai bila? Sabar? Hmmm." - "Sabar. Tuhan berfirman, "berilah berita gembira kepada orang yang sabar." Yang sabar tau. Bukan yang membalas dendam. Awak juga yang kata dulu, nak serahkan semua perkara pada Tuhan. Sekarang bila ada peluang, awak mahu balas dendam? Awak dah tak yakin pada Tuhan pula ke?" + "Tapi...aku ni manusia biasa je. Aku..." - "Sebab kita ni manusia la kita boleh buat lagi baik. Sebab kita selalu ada Tuhan yang menjaga, yang menjanjikan kebaikan." - sederhanaindah 

Sampai masa kita pasti akan terpisah.

"Segala yang kita miliki hanyalah pinjaman, bukannya hak milik kekal, termasuklah pertemuan. Tiada pertemuan yang kekal dalam dunia ini. Ada orang terpisah jasad kerana jarak. Seorang berada di tempat lain, seorang lagi berada di suatu kawasan yang lain. Ada juga yang terpisah rasa. Mereka saling bertemu tetapi hati mereka saling tidak bersambungan, saling menolak untuk merasa apa-apa terhadap satu sama lain. Dan perpisahan yang paling jauh tentulah yang terpisah alam. Apabila seseorang mati, dia akan meninggalkan kita selamanya. Dia berada di dunia lain, kita akan berada di dunia lain. Jadi jangan sesekali apabila kita berhubungan dengan seseorang, kita rasa kita akan memiliki dia selamanya. Sampai masa kita pasti akan terpisah. Dan apabila tiba waktu itu, kita mesti merelakan, meredhakan." - sederhanaindah

Yakinlah bahawa segalanya telah tertulis.

"Jika hendak bahagia, yakinlah bahawa segalanya telah tertulis. Jangan terlalu mendesak, jangan pula hanya menunggu. Berusaha untuk melakukan yang terbaik, tetapi jangan masuk campur dengan perjalanan takdir. Sampai masa, jika kita telah berusaha menjadi yang terbaik, inshaallah Tuhan akan tunjukkan jalan. Berikan waktu kepada usaha dan doa untuk menunjukkan jalan kepada takdir kita." - sederhanaindah 

Saya tahu semua ni klise. Tapi yang klise tu la yang kita selalunya tak mahu buat.

"Saya harap, waktu akan merawat apa jua galau yang dialami awak. Dan perkara yang selalu saya suka sebut, waktu sebenarnya memberi kita pilihan untuk berbuat sesuatu. Kalau sekadar berharap waktu akan menyembuhkan pun tak guna juga. Diri kita sendiri yang perlu berusaha untuk mencari penawar. Pertama, haruslah banyak berdoa dan muhasabah diri. Kedua, buat pilihan yang lain. Kadang kita ni tahu, pilihan kita tu salah dan menyakitkan, tapi entah kenapa suka sangat seksa diri dengan tetap memilih yang menyakitkan tu. Akhir sekali, macam biasalah, perlu belajar untuk redha dan melepaskan. Saya tahu semua ni klise. Tapi yang klise tu la yang kita selalunya tak mahu buat." - sederhanaindah 

Awak cakap awak tak nak sedih sorang-sorang kan? Tuhan selalu ada bersama awak, bersama kita.

"Kita boleh duduk di sini, bercakap soal luka dan kecewa dan sebagainya, tapi itu tetap tak akan buat kita lega. Baik kita balik. Tetapkan penggera. Bangun sepertiga malam. Awak cakap awak tak nak sedih sorang-sorang kan? Tuhan selalu ada bersama awak, bersama kita. Doa dan munajat di sepertiga malam tu adalah antara percakapan yang paling Dia dengari waktunya. Berdoalah, awak. Moga awak tak rasa awak keseorangan. Moga itu akan menjahit hati yang terkoyak-koyak. Berdoalah." - sederhanaindah 

Harap awak bahagia.

“Dalam setiap pesanan ringkas yang tak terkirim, dalam setiap ayat yang tak tertweet, dalam setiap catatan yang tidak diupdate sebagai status, dalam setiap luahan yang tak jadi dipost sebagai sebuah story ; ada sebuah cinta yang tertinggal, selalu. Selalu ada seseorang yang ingin kita tegur, yang ingin kita reply tweetnya, yang ingin kita komen gambar instagramnya, yang ingin kita like status facebooknya ; tapi selalunya kita hanya akan tersenyum membaca apa yang dia tulis dan dalam hati berdoa, “harap awak bahagia.”” - sederhanaindah 

Tanpa harapan, kita takkan bahagia.

"Tanpa harapan, kita takkan bahagia. Tanpa harapan, kita takkan bahagia. Tanpa harapan, Manusia takkan kuat. Tanpa harapan, Perjuangan akan kosong. Semua manusia ada harapan. Harapan untuk hidup lebih baik. Harapan untuk cinta. Harapan untuk keluarga. Harapan untuk masa depan. Kita sebagai manusia, harus punya harapan. Dengan harapan kita akan ada semangat. Dengan harapan kita akan bahagia. Dengan harapan, kita akan punya ketekunan untuk sentiasa melakukan yang terbaik. Bagaimana harapan dapat membantu ke arah bahagia? Harapan akan memberi kita kekuatan. Dengan kekuatan itu, kita akan membaiki diri supaya menjadi lebih baik. Dan dengan itu kita akan lebih mendekati Tuhan. Dengan sentiasa berharap, kita akan sentiasa berdoa dan dekat pada-Nya." - sederhanaindah

Dan yang paling menyakitkan ialah orang boleh pergi, daripada orang yang anda kenali kepada orang yang tidak anda kenali.

+ "Aku..." - "Ceritakan tentang perkara ini." + "Pandangan jiwanya, menghancurkan tubuh." - "Dan?" + "Dan yang paling menyakitkan ialah orang boleh pergi, daripada orang yang anda kenali kepada orang yang tidak anda kenali." Diam. - "Buatlah pilihan sesegera, mungkin, walau sukar. Kalau tak, selamanyalah awak akan terperangkap dengan penyesalan semalam. Cubalah untuk berubah. Beranikan diri awak, biasakan diri awak untuk hidup tanpa sesuatu atau seseorang yang awak harapkan. Terlalu banyak berharap akan meracun realiti, akan membutakan awak pada kebenaran. Kalau awak sendiri tak mahu berubah, kalau awak sendiri tak mahu tolong diri sendiri, siapa lagi?” - sederhanaindah 

Tolong jaga diri awak baik-baik, ya.

"Awak, walau di mana awak berada, tolong jaga diri awak baik-baik, ya. Saya berbisik dan berdoa di dalam hati. Yang hilang itu akan kita temui dalam doa, inshaallah. Doa akan memberi petunjuk tentang kehilangan, sama ada kita akan bertemu semula dengan yang hilang itu, atau akan bertemu dengan sesuatu yang lebih baik nanti." - sederhanaindah 

Chaiyok chaiyok!

Assalamualaikum. Dear sederhanaindah, rasa macam nak tulisan. Perlahan-lahan. Okey la, memori datang lagi. Alhamdulillah. Chaiyok chaiyok! "ketika mereka bertanya apakah yang seorang penulis boleh buat untuk dunia, ingatkanlah kepada mereka bahawa sebuah peradaban yang agung dibangunkan dengan sepatah kata ; Iqra'." p/s : terima kasih, Doktor Hani. Terima kasih. Last time we have a "good", "great", "awesome", "go go go", and etc. Hehehe. Alhamdulillah. Thanks!

Kita tak akan tahu bila kita akan kehilangan orang yang kita harapkan, orang yang kita sayang.

"Kita tak akan tahu bila kita akan kehilangan orang yang kita harapkan, orang yang kita sayang. Dalam dunia ini tiada yang abadi. Sekejap mata memandang, segalanya boleh menghilang. Orang yang kita sayang pergi, barang yang kita jaga hilang, rasa yang kita pelihara pudar. Ingat, bahagia itu akan hadir bagi yang tahu mensyukuri dan menghargai apa yang sedang mereka miliki. Untuk mendapatkan sesuatu mungkin mudah. Hal yang sulit kita lakukan adalah untuk menjaga atau menghargai sesuatu yang telah kita perolehi itu. Kita harus sedar satu perkara, bahawa cepat atau lambat, kita semua akan mengalami kehilangan. Jika tidak saat ini, entah esok, atau mungkin lusa. Apakah kita telah menghargai mereka yang ada di sekeliling kita dengan sebaiknya? Jika belum, lakukanlah. Hargailah mereka yang masih berada di sisi. Kerana kita tak akan tahu, bila kita akan kehilangan orang yang kita harapkan, orang yang kita sayang." - sederhanaindah

Boleh, sesekali untuk ingat masa lalu. Tapi, jangan membeku di sana. Kita bernafas untuk esok, bukan hari semalam. Tidak ada jalan ke belakang dalam hidup.

“Ramai orang, apabila teringatkan sesuatu yang berkaitan dengan masa silam, mereka akan sedih. Tapi itu kerana mereka tinggal di sana. Saya tak. Saya tinggal di masa kini. Masa silam tu hanya cerita lalu yang boleh saya tutup dan buka apabila saya mahu. Masa silam tak boleh dijadikan pedoman hidup, cukuplah sekadar dikenang. Ini berkaitan dengan salah satu peraturan bahagia saya, iaitu, 'jika ingin bahagia, jangan duduk di masa silam. Masa silam tu bagai pusaran air, apabila kita menghampirinya, ia akan menyedut, menenggelam dan melemaskan kita, menghalang kita dari maju ke hadapan.' Boleh, sesekali untuk ingat masa lalu. Tapi, jangan membeku di sana. Kita bernafas untuk esok, bukan hari semalam. Tidak ada jalan ke belakang dalam hidup.” - sederhanaindah

Tentang rindu.

Rindu bagai penjara yang luas dan lapang. Anda bebas bergerak dan boleh pergi ke mana sahaja - ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan, namun tetap terkurung, tidak bisa lari. Rindu muncul tidak kira masa. Kadang-kadang rindu hadir tatkala anda sedang membaca, makan, belajar, bekerja, bersukan, berhibur, dan yang paling menakutkan tentulah ketika anda sedang hendak tidur. Sangat tidak seronok apabila hendak memejamkan mata, rindu datang mengajak kita berbicara tentang kenangan dan memori yang telah mati di masa lalu. Siapa saja suka untuk berbicara tentang sesuatu yang telah mati? Kenapakah kita boleh merindu sedangkan pada zaman teknologi adalah segala-galanya ini, dalam zaman komunikasi bisa merentas batas geografi dan waktu ini, kita mempunyai banyak kemudahan yang boleh digunakan untuk berhubung? Rindu itu mungkin kerana kita ego. Ego mahu mengaku kita sebenarnya memerlukan seseorang untuk berbicara. Kita bercakap tentang rindu pada seseorang, tetapi kita tidak berusaha untuk m

Terima kasih, minta maaf, jaga diri.

"Terima kasih, minta maaf, jaga diri. Moga Tuhan mewarnakan jiwa awak dengan warna yang baik dan cerah. Jangan kotorkan jiwa awak dengan warna yang tidak sepatutnya. Warnakan jiwa awak dengan rasa yang positif, dan bantulah orang lain menemukan warna jiwa mereka yang sepatutnya. Doakan saya dalam setiap doa-doa awak. Moga warna-warni jiwa kita sentiasa cerah, positif, dan menenangkan." - sederhanaindah