hujan melebat. dan dia basah bukan hanya kerana air hujan. bahkan kerana kenangan.
ramai yang berteduh di kaki lima bangunan. tak kurang juga yang berlari mengharungi hujan.
telefon di dalam poket bergetar. perlahan dia menyeluk saku dan membaca mesej yang diterima.
+ Hujan la awak. Awak kat mana?
- Berteduh.
+ Dah solat?
- Alhamdulillah sempat pi masjid. Tapi tu la keluar masjid je hujan.
+ Ala lambat lagi la saya dapat Yong Tau Fu yang saya kirim.
- Entah-entah pasar malam pun tutup bila hujan-hujan ni.
+ Grrr.
- Hahaha.
+ Hujan-hujan ni mesti teringat kat seseorang kan.
- Tak ada pun.
+ TIPU.
- Kenapa kena ingat?
+ Sebab hujan dan dia kan punya persamaan.
- Apa dia Laila?
+ Dua-dua buat awak basah. Hujan buat awak basah pada badan. Dia buat awak basah dalam hati.
- Sejak bila pulak awak pandai berfalsafah?
+ Sejak awak selalu falsafahkan saya.
- Hujan dah tak lebat. Awak nak Yong Tau Fu dengan?
+ Tukar topik!
- Dadaaa.
dia tersenyum sendiri. Laila, Laila. hujan masih lebat. dan dia tak mahu menempuh hujan. untuk apa kalau pada akhirnya basah. begitu juga dengan perasaan. buat apa setia kalau akhirnya terluka juga?
kadang-kadang kita perlu mengundur diri dari sesetengah orang. bukan sebab kita dah letih mengambil berat. tapi sebab mereka yang dah tak peduli.
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas pandangan.