Skip to main content

Posts

Can We Start Again? (2025)

  Alhamdulillah. New revamp book! Can We Start Again? kini boleh dapatkan sekarang di karangkrafmall https://www.karangkrafmall.com Versi baharu yang lebih kemas, lebih emosional dan lebih dekat di hati.  Sesuai untuk kamu yang sedang melalui proses healing dan mencari kata-kata yang memberi tenaga baharu. Dengan gaya penulisan yang estetik, penuh quote dan sangat relatable, buku ini membawa naratif mendalam tentang peluang kedua dan self-growth. Jom mula semula — dengan versi diri yang lebih kuat.
Recent posts

Di Hujung Bayang-bayang Seorang Perempuan.

Masih lagi dan selalu akan menjadi seorang lelaki yang berdiri di hujung bayang-bayang seorang perempuan. Mengambil berat. Mendoakan. Walaupun dari jauh. Tatkala perempuan itu sudah pun berdiri di sebelah lelaki yang membuatnya bahagia. Di hujung bayang-bayang seorang perempuan yang sedang bahagia, berdiri seorang lelaki yang telah terluka namun sentiasa meminta Tuhan membahagiakan orang yang telah melukakannya.

Can We Start Again? (2025) - ii

Buku ini ditulis untuk kamu yang pernah kecewa, penat berpura-pura kuat, dan diam-diam berharap. "Boleh ke aku mula semula?" Jawapannya ada di sini - ya, kamu boleh. "Can We Start Again?" (2025). Buku motivasi + cerpen pendek. Bakal terbit.

Can We Start Again? (2025)

[ Iklan ] Bakal terbit. Tajuk : Can We Start Again? Oleh : Sederhanaindah Penerbit : Karya Bestari, Karangkraf Harga : RM30.00 Pages : 256 pages, full colours Tahun : 2025 [ Terima kasih ]

"Can We Start Again?" dan "At Least We Try."

Alhamdulillah. Syukur. Buku cetak semula / direprint. Buku motivasi + cerpen pendek. Akan datang. Insyaallah... Tajuk : Can We Start Again? Oleh : Sederhanaindah Penerbit : Karya Bestari, Karangkraf Tahun : 2025 Alhamdulillah. Syukur. Buku terbaru. Buku motivation + cerpen pendek. Akan datang. Insyaallah... Tajuk : At Least We Try Oleh : Sederhanaindah Penerbit : Karya Bestari, Karangkraf Tahun : 2025

We Lost The Course.

Sudah kehilangan baru mahu berjanji untuk menghargai. Saya kadangkala tak faham kenapa dalam hidup saya, saya perlu melalui banyak kehilangan. Adakah takdir saya dalam hidup ini memang tertulis bahawa saya tak akan dapat menggenggam apa-apa? Saya tak pernah menyalahkan takdir. Saya cuma muhasabah diri. Memang tiada yang abadi. Semua yang ada di dalam dunia ini hanyalah pinjaman. Saya sudah belajar untuk tidak terlalu menggenggam sesuatu, kerana kelak kita akan sukar untuk melepaskan. Saya redha. Saya redha. Saya kena selalu sedar, tiada kata-kata yang lebih tinggi dari firman-firman Tuhan. Jadi saya ada juga selalu mengingatkan dia supaya jangan berputus asa dengan Tuhan. Tuhan janjikan bahagia untuk semua. Saya harap dia akan ketemu bahagia yang telah Tuhan janjikan itu. Saya tak sedih. Saya cuma terharu dengan semua yang terjadi, terharu dengan cara Tuhan mengajar saya untuk tabah. Mungkin kalau saya tak mengalami kehilangan, saya tak akan setabah ini sekarang. 

Blindpassasjer.

"Tapi apa yang kita nak, itulah yang kita tak akan dapat..." Cinta bukan sekadar rasa untuk suka-suka. Salah rasa, cinta itu akan berakhir dengan tragis. Tapi tiap sesuatu itu telah Tuhan tuliskan sebab dan hikmah dibaliknya, kan? Cinta yang tak kesampaian, mengajar betapa kasih pun kita kepada insan lain, masih juga kita harus mengasihi diri sendiri. Mengajar supaya mencari rahsia lain disebalik perasaan cinta itu sendiri. Sedih? Ya, benar. Namun kesudahan yang buruk dalam cinta, mengajar dan memberi inspirasi bahawa apa jua yang terjadi, hidup harus diteruskan walau tanpa cinta. Ada kembara yang harus diteruskan walau pada ketikanya kita rebah akibat kecewa. Sememangnya yang indah itu bagaikan bintang, tinggi dan tak tercapai ataupun bagaikan bayang, berbentuk namun tidak dapat disentuh. Kenapa saya bercakap tentang kisah patah hati? Kerana hari ini ada seorang pencinta yang musnah cintanya. (Jeda) Ya. Kadang apa yang paling kita nak, itulah yang kita takkan dapat.